Wednesday, December 29, 2010
::Ya Allah..ku mohon..permudahkan segalanya..Amin..::
0 coretan hati awak Coretan hati nur zunairah humairaYa Allah..pada saat dan ketika ini..seorang antara insan kesayangan saya sedang menjalani pembedahan..selama 13 jam..Ya Allah..Engkau selamatkanlah pembedahan ini..Berilah insan kesayanganku ini dapat melihat hasratnya yang satu itu..Andaiku diberi peluang..ku ingin sekali menyempurnakan hasratnya..dengan izinMu Ya Allah...
Ya Allah..ku mohon..Engkau permudahkan pembedahan ini..semoga berjalan lancar dan semoga berjaya serta selamat semuanya..Tolong Ya Allah..hambaMu ini merayu..
Air mataku masih menitis apabila mengenangkan kebaikan insan kesayanganku ini..hanya inilah satu-satunya insan yang menerimaku tanpa menghakimiku dengan pelbagai telahan..sangat terkesan dengan kebaikannya..:'(
Hanya doa dan puasa nazar sahaja yang mampuku lakukan buat insan ini...
Label.. pengalamanku.., personal, soal hati
Assalamualaikum...kata-kata pinjaman dari lirik lagu "Insha Allah" by Maher Zain yang dikurniakan Allah dengan suara yang mampu membuatkan humaira menangis...Ya..Allah sentiasa berada disisi kita..terima kasih Ya Allah...
Alhamdulillah..dengan melihat lirik2nya..membuatkan humaira berjaya sedikit demi sedikit menjadikan diri sebagai orang yang sabar, tabah dalam menghadapi dugaan hidup..
Saat ini dugaan hidup humaira sangat kuat..semoga Allah berikan kekuatan kepada humaira dalam menempuhinya..
Berjuang dan terus berjuang..Berdoa tak putus untuk semua ini..Bantuku Ya Allah..Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Semoga Allah makbulkan doa hambaNya ini..aminn...
Ya Allah...terima kasih atas segala kurniaanMu..ku mohon Ya Allah..permudah dan percepatkanlah urusan kami..aminn...
Tuesday, December 21, 2010
Salam semua..tajuk macam tajuk buku solusi kan? isu ke berapa..hmm..tak salah humaira, isu ke - 19..
Baru-baru ni humairan ditimpa musibah..Masya Allah..memang rasa sangat tertekan. Air mata sentiasa mengalir biarpun diseka..
Humaira sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi musibah ini. Kalau dahulu ada orang yang membantu (makhluk Allah juga..) Tapi kini humaira keseorangan. Tiada makhluk Allah yang membantu. Mulai hari ini humaira ingin meminta pada Yang Esa sahaja..kerana DIA pasti tidak membiarkan hambanya keseorangan..
Antara hikmah musibah ini adalah..berat humaira telah trn sebanyak 5kg dalam msa dua bulan. Sebelum ni mmg agak payah untuk turun. Semua orang da tgr humaira..kata nampak kurus.
Ada juga rakan yang memberikan kata semangat. Salah satunya yang terpahat di hati humaira ialah " jangan dicari kesedihan dalam musibah, tapi carilah hikmah dalam musibah ini." Itulah yang humaira pegang hingga ke hari ini..
Cuma sesekali humaira sebagai hamba Allah tergelincir apabila air mata dan kesedihan bertandang dihati..dan seringkali juga humaira merintih agar diampunkan dosa2 humaira yang lalu..:'(
~musibah itu datangnya dari Allah, bukan dari makhluknya. Mungkin ini adalah salah satu peringatan Allah kepada kita, hambaNYA yang mungkin terlupa padaNYA menyebabkan diberinya kita musibah ini agar kita tidak lalai dan leka dengan duniawi~
Thursday, December 16, 2010
Ya Allah..knpa blh timbul perasaan macam ni..humaira tak ingin ianya hadir..tolong lah...
Label.. personal
Monday, December 13, 2010
Minta Maaf byk2..saya bukan pendendam orangnya..satu ketika dahulu mungkin..tp kini saya telah berubah..jadi..janganlah menuduh saya yang bukan2..saya juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan serta tahap kesabaran sama seperti manusia lain..saya orangnya bukan luar biasa..
Oleh itu..sebagai seorang muslimah..sya ingin mengingatkan kepada kawan-kawan serta diri saya sendiri..ingatlah DUNIA NI HANYA SEMENTARA..sampai masanya kita akan pergi..dan kita tak tahu pun bila kita akan dipanggil semula..jadi berbuat baiklah selagi boleh..janganlah kita asyik menuding jari pada orang lain..Ya, mungkin orang itu ada kesilapannya..tapi kita hendaklah berbaik sangka dan fikirkan bahawa mungkin apa yang terjadi..ADA HIKMAHNYA..serta..mungkin apa yang terjadi ini adalah dari kekhilafan kita samada kita perasan atau tidak..
Tak usahlah kita bermusuhan..Allah tak suka..dan kita harus ingat..SEMUA DUGAAN INI DATANGNYA DARI ALLAH..bukannya datang dari makhluknya..
Label.. pendapat, pengalamanku..
Monday, November 22, 2010
Allahuakbar! Allah Maha Besar..ku yakin! ku pasti! semua yang berlaku ada hikmahnya..adakah ini dugaan awal ataupun dugaan terakhir..itu hanya atas kehendakMU..berilah petunjuk pada diriku...
Label.. pengalamanku.., personal, soal hati
Thursday, November 18, 2010
Salam semua..hari ni muncul satu idea baru..hehe..ape beza antara "caldina" dan "persona"???
Ya..satu masa dahulu..mmg humaira gila2kan caldina..tak tido malam..teringat2 je..sekali lalu..sepuluh kali pndg..sib bek tak pape..even msa tu bwa keta ayh(proton saga biasa..si wcq).
Memang bodynya sgt cun..sehinggakan ramai yang teringin untuk memilikinya..tp..bak kata org..silalah.."UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI"..so atas dasar ini..humaira telah bertukar kepada...
si persona..
Monday, November 8, 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawn2 semua..spt biasa..MOnday..another blues day...because of yesterday was sunday = weekend..so everybody feel soooo lazy to continue work..hahah..ye ke? humaira ada jugak..tp kebalkan hati dan perasaan..nak2 bila ternampak la tajuk entry kali nih..ish2..sadis bila mendengarnya...(org menceritakan kepada daku seorang shja..maka terpaksa la menadah telinga mendengarnya...huhuh)
Nak tau tak ape kena mengena ngan tajuk tu?? Meh nak list down jap..
1. Semua staff akan ditemuduga semula untuk melihat adakah qualification sepadan tak dgn gaji = pelarasan gaji by referring to your qualification..agree jugak la..
2. Org atasan mendpt tahu ade yg tak de qualification tp gaji tinggi..jeng..jeng..jeng...
mcm byk jek kan?? haha...
Friday, October 22, 2010
Buat kesekian kalinya..humaira bertemankan kata-kata di atas..humaira harus kuat..biarpun hampir-hampir humaira tergelincir dari kata-kata itu.. Air mata mengalir lagi..untuk kesekian kali..ku pujuk hati ini..dengan perlahan...ku katakan.."duhai hatiku..bersabarlah..mungkin ada kesalahan yang telah kau lakukan sebelum ini..jadi ini adalah balasan kepada kesalahan lepas..redhakan lah.."
ku bebat luka yang berdarah..ku balut hati yang calar...~
Tuesday, October 19, 2010
Another 3 weeks 5 days to go starting from today..what gonna be happen???
i have to make my precious day happening and stunning..hehe...can i? Another 3kgs to go..with all my effort..trying my best to go down to my dream number that will make me happy. wee~
Yesterday, with my oldest niece finding my e-day outfit..finally..got it..after round our small town at our hometown with walking..so tired..huu..and so surprise when i can wear one size smaller as i always dream before..SO SURPRISE!!!..Alhamdulillah..finally, Allah never make me regret at all..Thank you Allah..I'm so grateful with this precious present YOU gave to me as ur servant..Alhamdulillah..
Label.. pengalamanku.., soal hati
Smlm humaira teringin betul nak makan menu diatas tu..maka..balik2 je..dengan pantas keluarkan ikan kembung kecik 6 ekor..dan sawi jepun beserta sawi kerinting..dan memulakan operasi..
Bahan-bahannya:
-----------------
1/2 biji kelapa @ 1/2 kotak kecik santan
2 ekor ikan kembung @ ape2 ikan yang korang nak
sawi jepun - 2 btg besar
cili api yang dah mesin - 2 sudu besar
air- 1 mug besar
garam sedikit
kunyit sedikit
Cara-cara membuatnya:
-------------------------
1. Masukkan santan, cili api, garam, kunyit, air ke dalam kuali. Jerang hingga mendidih.
2. Rasa kuah, dah sedap, kecilkan api, masukkan ikan kembung. Masak dengan api sederhana selama 5 minit.
3. Masukkan sawi (ptg2 dlm 2 inci). Masak dengan api sederhana kecil dalam 5 minit.
4. Siap dimasak..bolehlah dihidang..:)
~humaira tak pakai bawang kalo masak lemak biasa2 ni..hee..kalo rendang je buh bawang..~
~untuk sape2 nak buh bawang, boleh la tumbuk @ blend bawang merah dan masukkan semasa step pertama..~
~Mudah je kan??selamat mencuba... :) ~
~spt biasa..gmbrnya tak ada...maaf ya..:)~
Label.. resepiku
Monday, October 18, 2010
Takwim Kalendar Persekolahan 2011 dah keluar..
0 coretan hati awak Coretan hati nur zunairah humairaSalam..selamat pagi..tgk je tajuk kat atas tu, jantung humaira berdegup laju..macam tak percaya je. Tahun 2011 semakin hampir. Macam perasaan ada ketika ni...
~tula humaira..sape suh ejek orang len?? ha..kan dah seram sejuk..keke..~
tapi kali ni humaira takkan mengalah..hati harus dikuatkan untuk menghadapi segala yang mendatang. Semoga ada sinar yang terpancar untuk humaira mulai hari ini..aminn
Label.. soal hati
Thursday, October 14, 2010
atau...yang ni??
jom kita praktikkan sesama....:) mari kita ceriakan hidup kita yang tak berapa lama ni...(npe ckp mcm ni?? sbb saat kematian untuk setiap umat semakin dekat..tak caya?? meh tgk solusi isu no 24..bulan ni..dah kuar tau..jom kita muhasabah diri bersama2..)
p/s: masalah..smpi bila pon tak kan sudah..jgn lari dari masalah..hadapinya dengan bijaksana..yeaaa
Wednesday, October 13, 2010
Ni masakan humaira yang paling ringkas sekali..mudah dan senang..
Bahan-bahannya:
------------------
Bwg merah - Besar (sebiji), kecil (2 biji)
Bwg putih - sebiji
Ikan bilis - 10-15 ekor
Petola - 1 biji (sederhana)
Garam - sedikit
Minyak - 2 sudu
Air - ikut byk mana nak kuah..( 3 mugs)
Cara-caranya:
--------------
Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bwg merah, bwg putih, ikan bilis (tumbuk), masukkan garam, dah naik bau, masukkan air. Biarkan kuah mengelegak, masukkan petola yang dah siap potong-potong. Masak dalam api sederhana selama 5 - 8 minit. Siap dimasak..boleh dimakan...:)
~untuk yang malas menumbuk, bwg tu boleh dihiris2 kemudian diramas bersama ikan bilis dan garam..then tumis mcm biasa~
~untuk yang nak jaga kesihatan, tak yah tumis..rebus shja bwg dan ikan bilis yang dah siap ditumbuk @ dihiris~
~sapa2 yang nak tambah soo hoon pon boleh..pastikan soo hoon tu dah direndam terlebih dahulu. Kemudian masukkan soo hoon 1 minit sebelum api lauk ditutup ~
Selamat mencuba dan memasak...:)
p/s: sori ya..tak de gambar..saya tak de camera..huhu
Kali ni entry humaira lain sikit..hehe..ni sumer pasal cerita vampire semalam..adess..tajuk tu bukan pe..adik beradik vampire tu..damon salvatore and stefan salvatore..dua2 ni baik ngan elena gilbert..hihi..bukan selalu pon tgk cerita ni..mlm tdi msa lipat baju jek tengok..(kalo AH tau ni..msti dia ckp..npe tgk crta mcm tu..nti nk hafal ayat susah nak dpt..hehe..)
Masa tgk umur damon ngan stefan ni kan..humaira rasa cam tgk tinggi lak..hihi..sebab umur diaorang..170-175(damon) yang stefan pulak 162.. mcm tinggi kan? keke..elena umur dia 17..dia ni human..not a vampire like them..but both of them seems like her very much..damon and stefan(both of them have been fall in love with her(katherine) seems like elena-pelakon yang sama pon..keke..) so this time mesti agak terkejut kedua - duanya bila tengok elena pulak kan? msti jantung degap degup..keke
~terkenang zaman yang dulu...lalalala...~
Label.. suka2
Tuesday, October 12, 2010
Semalam nasib baik jumpa balik cincin sempena persahabatan kami..ish2..kalo tidak..ssh hati humaira. Cincin tu dah longgar tp belum berkesempatan untuk diikat dengan benang. AH ingatkan cincin perikatan kami berdua..hee..nsb baik bukan cincin perikatan..kalo tak lagi humaira tak boleh tido. Nak tau kat mana jumpa cincin persahabatan?? dalam mesin basuh..hahahha...lawak betul..mesti tertanggal msa nak rendam baju. Alahai cincin...
Label.. pengalamanku.., personal
Monday, October 11, 2010
Hari ni blanja kwn baik humaira mkn kek rahsia a.k.a cis kek. Sebab musababnya adalah kerana ini adalah hari-hari terakhir kami makan bersama kerana dia akan berpindah ke Johor. Selepas ini humaira akan keseorangan tanpa teman makan, teman jalan-jalan..
Seperti biasa, setiap kali makan kek rahsia, humaira pasti teringat pada AH..dia pun suka sangat makan kek rahsia. Hai..kalo hati dah sayang..macam hape jek..hihihi. Mesti AH sedang bekerja ketika ini..hari ni AH pakai kemeja biru (dia bgtahu). Cumel..humaira suka..mesti nampak kemas.
21/9/2010 - hari pertama AH masuk kerja..smart betul..nasib baik AH tak tau blog personal humaira..kalo tak?? hehehe..
Thursday, October 7, 2010
Hmm...rni dapat tahu member aku dapat kerja baru..dekat ngan hubby dia..rasa sedih juga la..sebab pasni da tak de la kwn suka duka aku..tp bagus untuk kebaikan dia sekeluarga..Sementelahan dia preggy pulak tu..i'm happy for her..Best tgk kwn2 gembira meskipun kita tak segembira yang kita selalu impikan..tapi tak pe la..aku slalu think positive...bhwa kalo kita rasa sedih dgn masalah kita, ada orang yang lebih sedih dari kita.. dan kita patut bersyukur bila kesedihan kita tak setara mereka...
apabila hati resah..aku suka nk bca novel @ cerpen online @ hardcopy yang sedih2 supaya aku leh nangis...
apabila aku teringat kata-kata seorang umat..aku mudah jauh hati...oleh itu..aku suka nak main game agar aku tak teringat mende2 macam tu..
apabila aku perlukan kekuatan..aku akan bygkan muka ibu dan ayhku..dan berbisik pada diri sendiri..aku mesti kuat untuk mereka...
Mampukah aku teguh berdiri seperti teguhnya sebuah pohon...mampukah aku memberi kegembiraan untuk orang berada di sekitarku seperti orang yang berteduh dibwh pohon itu...
Hanya Allah yang tahu..dan aku tahu...aku tak keseorangan di dunia ni..Allah ada bersama2 dengan hambanya..Terima kasih ya Allah..hambamu ini sangat bersyukur atas segala yang telah kau berikan kepadaku...
Wednesday, October 6, 2010
"mencintai tu bermaksud kau terima pasangan kau seadanya. Dan dia terima kau seadanya. Dia tak perlu berubah demi kau, dan kau tak perlu berubah demi dia"
nape aku sedih bila dgr kata2 camni ek? hmm..sadis tol aku ni..
Label.. soal hati
Monday, September 27, 2010
Hari merupakan hari ke -3 ibuku dimasukkan ke hospital atas sebab sakit jantung beliau(mengikut doktor). Dan malam ini seperti dua malam sebelum ini..aku akan pergi menemani ibuku di hospital..Meskipun ku tahu itu semua tidak akan cukup membalas segala jasamu..:'( Diusia begitu aku bersyukur kerana Allah meminjamkan kesabaran yang jitu kepada ibuku. Dalam kesakitan begitu beliau masih solat meskipun hanya di atas katil. Sebelum ini beliau gigih menyempurnakan tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri meskipun dalam keuzuran begitu..Sehingga tadi, hatiku masih menyangka ibuku susah hati kerana hal berkenaan ayahku sehinggalah ibu menelefon dan memberitahu dengan suara sendunya yang ditahan-tahan..doktor mengesyaki beliau ada tanda2 "stroke". Masya Allah..tidak terkata hatiku dipagut pilu...Kesian ibuku..bersabarlah wahai ibu..sesungguhnya sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya..Walaupun bagi kita mungkin itu tak baik..tp Allah lebih mengetahui..
Dihatiku~digendang pilu bertalu..tak mampu ku uraikan kepada sesiapa..Hanya padaNYA..kerana manusia tidak akan faham apa yang ku lalui..sesungguhnya aku sangat mengetahui salah satu yang menjadi punca kesusahan hati ibu dan ayahku..meskipun mereka menyembunyikannya..Maafkan daku wahai ayah dan ibu tersayang..andai anakmu ini mempunyai kuasa takkan ku kecewakan kalian..Malangnya anakmu ini hanya seorang perempuan. Ampun dan maaf dariku buat ibu dan ayah tersayang..:'( Namun anakmu ini yakin..suatu hari nanti pasti ku dapat melihat wajah kegirangan di wajah ayah dan ibu..
~salam kemaafan dari anakmu~
Thursday, August 19, 2010
Salam...hehe..ni tajuk lagu..tapi kelakar..da dua hari da humaira dengar..hee..lagu ni lebih kepada tersurat dri tersirat..dgr jek pon da leh tau kan??
Tau tak nape? ni luar topik..daku mau duit mau bili itu lappy..tp itu duit tak mo tiba..dia pg kat tmpt len..hukhuk..sedey....
apa la humaira ngarut ni kan..huhuhu...ooh pcku syg..npe kah kau buat onar ketika daku benar2 memerlukan duit untuk perkara lain??
Label.. suka2
Monday, August 16, 2010
Alhamdulillah..kawan2..doakan kami ya..dipermudahkan segalanya...kami dalam perjuangan untuk mendapatkan *kekasih halal* alhamdulillah..syukur..stkt ini humaira bersyukur dapat berkawan dengan bakal kekasih halal..jika tiada aral melintang..spttnya title itu akan dapat hujung bulan 11 ni..tapi oleh kerana sedikit dugaan yang Allah berikan kpda kami, kami akan menunda pada tahun depan..doakan kami berjaya dalam perjuangan ini ya kawan2..
buat bakal kekasih halal saya:
* tahniah atas hafazan anda..saya sangat berbangga dengan anda..
* semoga impian anda untuk mendalami bhsa arab dan mengikuti kumpulan dakwah akan diberkati..
* semoga dipermudahkan segala perjuangan di dunia dan akhirat..
* saya bersyukur pada Allah kerana kita dipertemukan olehNya..:)
Label.. pengalamanku.., soal hati
Hai la hati..awat anda berperasaan gni?? sangat tak bagus untuk bulan ini..hati..sila kunci baik2 apa yang terkandung didalam kamu..yang huduh2 ya...ya baik2 tak pe diperlihatkan...
Ya Allah..ampunilah dosa hambamu ini..hambamu ini akan cuba menjaga sekeping hati ini dengan sebaiknya..ku mohon ya Allah..permudahkan la segala urusan kami..cekalkan hati2 kami dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang..amin..
*kenapa hati ini sangat sedih sekali hari ni...sedang mengawal supaya titisan mutiara tidak jatuh dari empangan mataku...sedang buat2 sibuk supaya dpt lupakan rasa hati...hmm..tiba-tiba humaira rasa mcm nak menulis pulak..
Label.. soal hati
Monday, July 26, 2010
Assalamualaikum...rindu nak tulis blog ni..tapi kerana kerja yang bertimbun..blog ni tak dapat humaira update..humaira sebenarnya tulis blog ni saje..suka2..nak meluahkan rasa..pendapat diri sendiri..so tajuk blog hari ni berkenaan dengan sebuah kehidupan..harga sebuah kehidupan..bagi humaira, kehidupan kita ni sangat berharga. Kita hidup di dunia ni hanya sekali, tapi selepas ini kita akan mengharungi kehidupan yang lain. Dari sesi motivasi pagi dari IKIM.FM, tajuk ini dikupas oleh ustaz hasrizal bin jamil. Bagus sangat tajuk ni sebab boleh memberi kita satu galakan dan membantu kita berfikir dengan lebih matang.
Antara kupasan untuk hari ini yang humaira dapat ialah, menunjukkan feeling@perasaan kita pada orang kita sayang. Kebetulan, pada hari ni humaira mendapat tahu rakan baik a.k.a secret admire rakan humaira telah kembali ke rahmatullah kerana demam panas. Apa yang dapat humaira kaitkan dengan motivasi pagi tadi ialah..rakan humaira..tak sempat memberitahu kepada arwah yang dia juga ada perasaan sayang pada arwah..dia merasa sangat menyesal..nasihat humaira padanya..apa yang terjadi tu ada hikmahnya..memang la kita rasa menyesal..jadikan sebagai satu pengajaran..supaya kita lebih menyayangi dan menghargai orang yang ada di sisi kita. Dan agar kita tak menyesal di kemudian hari..
~ quote humaira:"sesuatu itu akan menjadi lebih berharga apabila kita telah kehilangannya~
agar humaira tidak menyesal kemudian hari:: buat anda..saya sayang anda..meskipun anda tak sayangkan saya..itu adalah hak anda..kerana setiap orang ada hak masing-masing. saya tak nak menyesal seperti kawan saya dan saya pernah menyesal sekali kerana mengecilkan hati orang lain..dan saya sangat terkesan dengan tindak tanduk saya..Insya Allah, selagi ingatan itu masih ada, saya tak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
untuk awak yang telah lalu: saya sangat menyesal. Saya minta maaf..awak mmg kawan yang baik..cuma masa tu hati saya belum terbuka untuk berkawan. Saya mengaku salah saya dan sehingga kini kesalahan itu masih menghantui saya..doa saya mengiringi kebahagian awak sekeluarga..amin..semoga awak berbahagia ke akhir hayat. Terima kasih kerana akhirnya awak berjaya menyedarkan saya dalam menghargai orang lain..:)
Ya Allah terima kasih atas kurniaanMU padaku..akhirnya aku..hambaMU yang terlupa ini mula mengingati semula..Alhamdulillah..syukur.. Terima kasih ya Allah kerana tidak membiarkan hambaMU ini keseorangan..
Label.. pendapat, pengalamanku.., soal hati
Tuesday, July 20, 2010
Rejab berlalu pergi..syaaban menjenguk pula...
0 coretan hati awak Coretan hati nur zunairah humairaSedih rasanya...rejab berlalu pergi...syaaban pula menjenguk..hari ini baru nak start puasa sunat syaaban..selepas ini..ramadhan pula kembali..tahun ni puasa sunat sikit sangat..:'( semoga humaira berkesempatan bertemu lagi di tahun hadapan dengan azam ingin berpuasa lebih..Insya Allah..
~tiba2 teringat..semasa di awal rejab, ayah humaira bertanyakan..dah msk bulan puasa ke? apabila beliau tahu humaira berpuasa..sewaktu itu..tubuhnya dan ingatannya kian lemah..Alhamdulillah..sekarang ni..keadaan ayah bertambah baik..semoga ayah sihat, dapat melakukan ibadah dengan baik..aminn...~
Label.. pengalamanku.., renungan, soal hati
Monday, July 12, 2010
Salam semua...
Hari ni ada training la pulak..tapi tak pe..enjoy2 kan diri walaupun debaran nak pergi iv terasa sangat dah ni..:)
Topik hari ni humaira nak kupas mengenai marah..hehe..mcm motivator la pulak..
Nape seseorang itu perlu marah? bagi humaira..marah tu tak salah..tapi kenalah pada tempatnya..janganlah main marah melulu..sangat tak bagus..especially pada orang yang kena marah tu..why don't we put ourself on her/his shoes? mesti kita rasa sedih tul tak??
Tapi biasanya orang yang marah ni..hilang kawalan diri, lepas tu mulalah nak menyesal..kalau boleh ditarik balik dan diterima kekesalan dan maaf itu, tak pe la..kalo orang yang dimarah itu berkecil hati macamana? hilang satu kawan..putus la satu silaturrahim..tak bestnya..kan?? :(
oh..tau kenapa topik ni keluar..hehe..humaira kena marah..sebab pe? ntah..i really don't know..npe humaira kena marah..so, nak menenangkan hati..humaira duk diam je..tak pe la..one day, orang yang marah tu akan tahu kesilapannya..humaira tak de wat pe pun..i'm just asking..it's not personal question @ any related that will make somebody will be moody with me..aish..tak pe la..malas mau berbicara dengan orang sebegitu...huhu...
For that person: humaira terasa hati sikit kata2 anda...so buat masa ni..if humaira tak message @ return call @kekurangan bicara, sorry la..it will take some times to me nak ubati hati hasil kata-kata anda..btw..thank you so much atas kekasaran itu ya..it will remind me to be more silent..:)
Label.. pengalamanku.., renungan, soal hati
Thursday, July 8, 2010
Salam...bulan rejab yang mulia hampir tamat..lepas ni akan bersambung ngan bulan syaaban pula..kali ni humaira rasa skt je msa dpt berpuasa dlm bulan rejab ni..tenaga banyak digunakan..sementelahan ayah kurang sihat..dan dugaan dtg lagi bila abg juga jatuh sakit..tak pe..humaira redha..sbb humaira yakin semua yang berlaku ada hikmahnya..
Smlm humaira dpt call dari UMP..pggilan untuk interview this tuesday..alhamdulillah..Syukur ya Allah..walaupun baru first step..(interview baru) tapi humaira berdoa dan berazam membuat yang terbaik..semoga kali ni Allah memberikan rezeki ni pada humaira..amin..
Hati humaira sebenarnya berbolak balik kerana ada beberapa masalah timbul buat masa ni..pertamanya..cuti di ofis humaira telah dibekukan atas sebab2 tertentu..keduanya..humaira terlibat dengan kursus java selama seminggu start hari isnin sehingga hari jumaat..ketiga..humaira terpaksa menggantikan ketua unit yang sedang sarat mengandung untuk melakukan beberapa tugas..
Humaira telah mendapatkan nasihat dri ketua unit..cadangan beliau ialah mengambil el kerana katanya itu rezeki..mengenai kursus pula..dikatakan tak mengapa satu hari tak hadir..nti hari berikutnya..hadirla..katakan ada perkara emergency..
Ya Allah..betul ker apa yang humaira akan buat ni..doa humaira agar humaira diberi petunjuk dan dipermudahkan perjalanan..
Monday, June 28, 2010
Salam..
Ketika ini hati humaira diserang kesedihan serta kepiluan yang teramat...ibu humaira baru lepas telefon, memberitahu mengenai keadaan ayah yang agak tidak memberangsangkan. Sejak dua minggu yang lalu..hari ni baru nmpk..his condition getting worst..ini yang doktor beritahu..Ya Allah..bantulah hambamu ini..apa yang sepatutnya humaira buat..
Terimbas kenangan semalam..semasa ayah sihat..
*ayah selalu menelefon bertanyakan humaira sudah smpi di mana (ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah)..Allah baru tarik sedikit nikmat bercakap ayah..humaira sudah merindui..percaya atau tidak..sejak ayah sakit..humaira kurang merasai nikmat makan..melihatkan ayah terpaksa minum menggunakan tiub..tak tertelan rasanya makanan yang humaira nak makan melihatkan ayah begitu..serasa humaira ingin memberikan separuh nikmat makan humaira pada ayah..
*ayah sering menelefon ketika humaira bekerja..alasannya saja..nak dengar suara..smbil suaranya yang sebak..kini tiada lagi panggilan dari ayah sejak ayah terbaring di katil..Ya Allah..baru sedikit nikmat ini KAU ambil dari ayahku..tetapi hambamu ini sudah merasakan betapa terbebannya perasaan ini..
*ayah pembersih dan rajin..kalo humaira terlambat untuk menyidai pakaian..pasti pakaian itu sudah ayah sidaikan..ayah seringkali menyapu sampah di dalam dan luar sewaktu humaira bekerja..ayahku yang sangat rajin dan ringan tulang..hinggakan ada sedikit habuk pun mahu di sapunya..
*ayah bersemangat kuat..walaupun hanya sebelah badan sahaja kekuatannya..tapi dia boleh menekan tangannya pada katil untuk membantu humaira meringankan beban ketika humaira ketika hendak membantu ayah duduk ..
*ayah kuat mengaji dan solat sunat..ternampak2 di mata ini tempat ayah sering ddk untuk mengaji dan terdengar2 suara ayah mengimamkan solat humaira dan ibu...wuduk tidak pernah hilang dari tubuh ayah..
Sehingga en3 ini habis ditulis..air mata humaira masih lagi mengalir..terbayang-bayang di ruang mata..waktu ayah gelak ketawa..bergurau senda..ayah, humaira sangat rindukan saat ini...humaira belum puas membalas jasa ayah..
Ada satu permintaan ayah yang belum humaira tunaikan..ayah nak melihat ank bongsunya menamatkan zaman bujang..ayah..humaira tak tahu sempat atau tidak..tp doa dihati ini tidak putus agar humaira sempat menunaikan hajat ayah..humaira ingin ayah menjadi wali ketika hari ini..ayah..bertahanlah..Ya Allah..berilah kesempatan kepada ayahku..Ya Allah permudahkanlah urusanku..berilah ayahku kesihatan seperti biasa..
Kadangkala serasa diri ini sangat berdosa..permintaan ayh sehingga kini belum dpat humaira turuti..sedangkan ayah tak pernah gagal dalam melaksanakan segala kehendak anak2nya..
Ya Allah..ampunkanlah dosa ayahku..ringankanlah bebanan sakitnya..
Hari Bapa pada Ahad lepas mungkin menyeronokkan bagi orang lain tapi tidak membawa apa2 erti bagi humaira..
Label.. pengalamanku.., soal hati
Sunday, June 27, 2010
Salam..lamanya humaira tak post something kat sni...
Pagi2 ni humaira da blogwalking seketika..dan terjumpa macam2 kisah cinta..percya atau tak..humaira masih tak tahu..ape yg "important" sgt cinta pertama smpi ada org yang menjadi tak waras kerananya..
Terus terang humaira katakan..rasa benci + menyampah + meluat dgn orang2 yang mengagungkan cinta pertama...tak boleh ker nak terima kenyataan? yang cinta pertama mereka itu hanyalah sekadar pengalaman yang Allah berikan agar mereka lebih berhati-hati dalam perhubungan..agar mereka lebih matang dalam melalui liku2 hidup..
Kenapa ada orang yang begitu taksub pada cinta pertamanya hinggakan lupa pada cinta utama yang sepatutnya? humaira pernah terbaca kata-kata dalam majalah solusi edisi perdana?(if i'm not mistaken..) yang berbunyi begini.."Mungkin yang kamu suka itu tidak elok bagi kamu dan yang kamu tidak suka itu elok bagi kamu" Dari kata-kata ni je kita leh dpt tahu kan..Allah lebih tahu mana yang baik untuk kita..Anggap sajalah sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya..kenapa menjadi manusia yang semacam tak percaya pada takdir Allah..
Entry ni tercipta apabila seorang rakan humaira mengatakan bahawa dia tak dpt melupakan cinta pertamanya walaupun dia telah berkahwin dengan suaminya hampir 10 tahun dan mempunyai dua orang anak..Masya allah!! Masa humaira dengar shja kata-kata dia..i'm very speechless..sedih sgt hati humaira...sedih kerana humaira tak dpt bygkan..bagaimana tergamaknya hati dia mengingati orang lain sedangkan suami yang sah menikahinya ada di depan mata...
Hargailah apa yg Allah berikan pada kita..bukan hargai pengalaman lalu yang langsung tak memberi apa2 dalam kehidupan kita masa kini..lagi satu..untuk yang telah berkahwin tu..Ingat2 lah..suami kita...Untuk yang belum berkahwin tu..tetapi cinta pertama anda telah pun selamat berkahwin..ingat2 lah dosa yang sedang anda create..jangan berpaling ke belakang lagi..tinggalkan semua kenangan manis dahulu..belajarlah terima kenyataan..sebab apa2 pun kita buat..kita hanya sebagai hamba Allah..buatlah keranaNYA..nescaya..hidup kita akan bahagia..
Untuk yang masih tak dpt melupakan cinta pertama mereka..berdoalah..sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang..jangan pula berusaha untuk tidak melupakan cinta pertama tu..berusahalah untuk melupakan yang tidak sepatutnya..Bukakan hati untuk orang yang benar-benar menghargai kita..bukan apa..humaira takut nti bila kita baru nak hargai orang yang benar2 menghargai kita..yang bersusah payah dgn kita..pergi..mungkin untuk seketika...mungkin untuk selamanya..kita tak kan tahu..mungkin orang itu yang sebenarnya jodoh terbaik yang Allah berikan untuk kita..sayangnya jika kita menolak kan? memang kita takkan tahu siapa jodoh terbaik tuk kita..tapi terimalah dan layanlah sebaik mungkin orang yang ada di sisi kita buat masa ni...bukakan hati itu..mohon pada Allah..kerana..hati manusia ni..Allah lah pemunya hak..kita hanya pinjam sahaja..jadi..janganlah tamak hati untuk memberi kasih sayang kita pada orang lain..tak usah simpankan untuk yang lama..kerana Allah telah tunjukkan pada kita yang ada di depan mata..yang telah pun sah menikahi kita..
Ini hanyalah pendapat humaira..maaf jika ada tersalah kata...moga2 kita semua dalam lindungan Allah Taala...amin...
Sunday, May 16, 2010
First impression tgk novel islamic ni....jatuh hati..:) credit to penulis..smga berjaya..
Bca sinopsis crta ni..agak lara la juga hati..tp tak tahu lagi setara mana laranya...
Baru baca...hati sgt terusik...kesetiaan dipermainkan..diri tidak dihargai...knpa ya..slalu manusia diluar sana..seringkali juga begini..huu..Humaira kan..kdg2 terfikir..knpa la org2 ni..tak pk dlu..setiap apa yg kita lakukan..smuanya kan diberi ganjaran..tak kira la baik @ buruk..Allah tu Maha Adil..
Semakin tertarik dgn jalan cerita..sgt impikan perhubungan berlandaskan Islam sebegini...sgt ssh mencari kaum Adam sebegini..huu..begitu juga kaum Hawanya...
Doaku: Smga humaira berpeluang merasainya nanti...aminnn..
Label.. suka2
Thursday, May 6, 2010
Entry ni khas untuk ibuku tercinta...
Mama...Selamat Hari Ibu..
Terima kasih di atas segala pengorbanan
Selamanya ku takkan lupa jasamu..
Budimu..jasamu..tak terbalas walaupun seluruh dunia ini ku gadaikan..
Mama..
Ampunilah segala dosa anakmu..samada sengaja atau tidak...
keterlanjuran kata..
kekasaran kata...kekuatan percakapan...
Sesungguhnya..anakmu ini byk kekhilafan..
Hanya keampunanmu sahaja yang dapat mengeluarkan anakmu ini..
Ya Allah..
Kurniakanlah ibuku ketenangan di atas muka bumi ini..
Rahmatilah ibuku dunia dan akhirat...kasihanilah ibuku
sepertimana dia mengasihiku dari kecil hingga besar..
berilah kesihatan pada dirinya...agar aku msih dapat bersamanya
sebelum salah dari seorang kami dipanggil mengadapmu..
Mama..ketahuilah..mamalah punya kekuatan ankmu sehingga ke hari ni...
Segala cabaran dan dugaan yang ku dapat tempuhi..semuanya dri doamu..
Doa dari seorang ibu..
Dan untuk manusia2 yang mengguriskan hati ibuku...
Ketahuilah..bhwa ibuku tak pernah berdendam..
Malahan semakin memahami..jwpn yang diberikan...
"Tak pe..mama faham..diaorg semua sibuk..bekerja.."
Ibuku berkata2 sambil senyum..tp matanya tergenang air..
Air apakah itu wahai manusia2?
Biarku beritahu...air itu adalah..air mata kerinduan...
Tapi ini adalah peringatanku untuk kamu wahai manusia...
Belajarlah menghargai orang yang telah menabur bakti padamu
Walaupun siapapun kamu..apa gelaranmu..apa jawatanmu..
Tanpa jasa ibuku..kamu semua tak mungkin berada di tahap ini..
Insaflah..sebelum semuanya terlambat..
Dan ketahuilah..walaupun dia meredhakan semuanya..
tapi..hati kecilnya..sgt merindukan kamu semua...
Tapi kamu..manusia yang tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain..
Yang tak pernah meletakkan dirimu di tempat ibuku..
Walau dia bukan ibu pada kamu semua..tp dialah pengganti ibumu itu..:'(
Mama..biarpun bagaimana keadaan mama..mama tetap humaira sayang...
sampai bila2..sampai roh ini diangkat ke atas..
sehingga jasad ini hancur dimamah bumi..
Humaira sayang mama dunia akhirat....
Macam2 yang aku ngah usaha...hati kena kental! kamon humaira..u can do it..
based on my trust..i promise..i'll never regret..Ya Allah..hidupku..matiku..hanya untukmu..hatiku..jiwaku..ragaku..hanyalah pinjaman sementara untukku..bantulah hambamu ni...huhuhu...
frens of mine..~mamaamca~zaerne~zarraj~hiya~thank you so much on ur support..really appreciate it...love u all .....without u all..i dunno wat to do..wat should i do..
Label.. soal hati
Friday, April 23, 2010
Salam...
Mood hari ni..geram pd yg 'jualikan' @ SELFISH..huhu..hri ni spt biasa..humaira g keje..bwk dgn penuh sentimental w/pun dgr lagu Timba Tanah..eh...opsss...Timbaland ft Kate Perry e hot itu..hee...ada la satu pakcik ni..ahlemak tuannn aiii..wat kata opismate..sempat lagi nk wt jokes..
Dia bwk keta..mcm la jalan tu..mmg dibuat khas untuk dia..mengalahkan VVIP nak lalu..duk kat tgh2 jln..pehtu muka wat tebek kan??..mak ai..geramnya...tak yh ler nk jual ikan pepagi buta kat tgh2 jalan ni..krg kalo lori dtg langgar sape yg mati??? pehtu nti sape yg melalak kek umah tuh?? adoi aiii..cuba ler bwk keta ngan tenang n tak yh jual ikan tuh..pegi jek keje..nak jual..jual msa org tak otw g keje..ada phm ka?? uish...humaira marah???..ayokkkk....larikkkkkk
Sebenarnya..smlm ada gak org bt camni...yg ni lagik la..ketepi..ketengah bwk keta..lgik geram..men himpit2 org..taula pki spek itam besor tuh ngan bingkai putih..tapi tak yh ler smpi camtu sekali..kalo tak nmpk..bukak ler spek tuh..pki spek untuk memudahkan bwk keta..bknnyer nak belagak smpi nk langgor keta org...aiyo mak ai..
Masa tuh..rasa cam nk bawak backhoe..nak angkat..buh tepi..geram nyer psl..tp bila tgk spek dia....HAHAHA..takleh blah..lawak.
Wednesday, April 21, 2010
Satu kepelikkan humaira...
Suka sgt dgr lagu mendayu2..yg sedih2..awatnya cek?? adoi ai..cucah tol la..keke..sbb per??
1. sbb..sng nak nangis..sbb humaira ni jenis ssh sgt nak nangis..siap leh kira bpe titik air mata kuar..aish..
2. org kta..kita leh menyelami perasaan org yg hdp dlm keadaan sedih..tu tak bermakna humaira seorang yg penyedih ya..nak2 ditambh ngan gmbo kat profile..ade lak yg cop gadis si air mata..alamak..hilang la ke-cunnan humaira..hehe..cun sgt ker?? hehe..tatau..tp Alhamdulillah..Allah ciptakan humaira sempurna..:)
3. Agaknya slalu sgt org tya pendapt..da jadik cam kaunselor tak bertauliah lak..biasa la..mana ada org tya psl gumbira..ya dak?? besanya org tya psl ssh hati ke..sedih ke...so cam da biasa jek dgr lagu2 sedih n mendayu camni..senang tau..cuci mata..:D
4.?? aish..mcm byk lagik jek..hehe..tp lupa suda..tak pe..bila ingt nti..humaira buh ek..:D
Label.. suka2
Berdasarkan kepada mafhum ayat al-Quran dalam Surah Al-Maidah, ayat 1 Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah segala janji-janji kamu..."..
Sebenarnya..baru jek humaira dengar lagu Taufik Batisah..tajuk: suatu janji..best jugak lagu ni..rancak..rasa hepi bila dengar..pehtu..round2..jln2..mkn angin dri satu website ke satu website..tetiba jumpa lak ni kat IKIM so teruskan pastekan kat sni..
Actually, ni pun slh satu nk mengingatkan dri humaira juga agar jangan bermain dgn janji..jgn pandai2 nak berjanji kalo tak yakin kita leh tunaikan..dosa woo..ish2 bahaya..nak2 bab2 agama ni..huuu...
Label.. renungan
Suatu masa dahulu...humaira ada sorg teman yang agak rapat..dia slalu sgt nasihatkan rakan-rakan yang lain...termasuk humaira..ntah kenapa..sampai satu ketika dia tiba-tiba memberitahu melalui seorang teman yg lain memberitahu humaira untuk tidak menghubungi dia tanpa sebab..dan sekarang..kami telah bertemu semula tanpa dijangka. Perkara yang sangat menyedihkan apabila dia telah lupa siapa humaira..bukan sahaja pada nama tetapi seperti humaira tidak pernah wujud sebelum ini. Sehinggakan teman lain berasa sangat hairan dgn sikapnya..kenapa ya??
Wahai temanku..sekiranya humaira ada berbuat slh pada kamu..maafkan humaira..tak terlintas di hati untuk mengecilkan hati kamu..mustahil untuk humaira berbuat begitu kepada seorang teman yang baik..sgt rapat..yg memberi khidmat nasihat pada humaira satu ketika dahulu..humaira tidak pernh lupa saat2 kita bergelak ketawa dan berduka..
Label.. kenangan ini.., soal hati
Salam uols...
Harini..humaira nk kongsi skt apa yang humaira dpt tuk hri ni..agak best jugak untuk direnungkan..especially untuk pasangan2 yg bercinta ke berkahwin ke....tips tuk mencari atau memilih psgn pon ok jugak ni..here is it...
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai tidak secekal Siti Hajar..
Mengapa mendambakan teman hidup sesempurna Nabi Muhammad S.A.W jika kita mempunyai kekurangan pada diri...
Bimbinglah dirinya..dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan dalam dirinya...sesungguhnya manusia tiada yang sempurna..
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah agar dia menjadi milikmu hingga ke akhir hayat...
Hidup ini satu perjuangan..berjuanglah selagi nyawa dikandung badan..
Label.. renungan
Monday, April 19, 2010
Salam...
Lama rasanya tak post sumthing untuk blog diaryku ini..bkn tak nak..tp bz skt la lately ni...Lately ni juga humaira telah diberi dugaan..semoga ini hanyalah ujian biasa untuk humaira..doa humaira agar dapat menempuhinya dan berkesudahan baik..mungkin kerana humaira agak telah jauh dri NYA @ telah melakukan sesuatu yang menyebabkan Allah sayang pada humaira dan menurunkan dugaan ini agar humaira dpt memperbaiki dri..Syukur ya Allah..atas perhatianMU kepada hambamu yang kerdil ini...
Friday, February 5, 2010
Suatu ketika dahulu..ku masih mempunyai dia..sbgai seorang kakak..tmptku mengadu..tmpt kami bertukar pendapat..sebagai seorang kawan untuk ku bergurau senda..tp kini dia telah meninggalkan aku..bt selamanya..
7:17pm 07/10/2004 (selasa)..ketika azan berkumandang..dia menghembuskan nafasnya yang terakhir..Di usia 26 tahun, dia pergi meninggalkan 3 org ank yg msih kecil. Hati serasa tidak percaya..aku ingin msk ke icu..malangnya ditahan oleh abgku yg sulung..dgn perlahan bersama genangan air mata di pipi.."adik, kak ti dah tak ada..dia dah mengadap yang esa.." kata2 itu seperti sebilah pisau karat tertusuk ke hatiku..
Aku rasakan mataku..pelik..knpa tidak setitis pun air mata ini tumpah..walhal di dlm hatiku serasa mahu pecah menahan kepiluan ini..kenapa?? mengapa?? aku sgt sedih..tp mengapa air mata ini tidak mahu keluar..
FLASHBACK...
Jumaat (3/10/2004) thru phone conversation
Kak Ti: adik, ni ada surat tuk ko.
Aku : ok, tak pe. esok adik tgk. Adik balik esok. Kenduri arwah bt bila? ptg ahad kan??
Kak Ti: ha ah
Aku : Ko kenapa kak? cam org nangis jek? nti kita story ek adik balik nti??
Kak Ti : tak de la..kak ti demam je..
Aku : Wah..leh kurus la camni (smbil gelak2)
Kak Ti : Hmm (diam je..)
Hmm?? npe cam pelik ek?? slalu msti dia gurau2 ngan aku..tak pe la. Dia demam agaknya..tu tak de mood nak crta..
Ptg sabtu tu aku balik dgn kwn..chika. Aku tgk, muka dia pucat sgt..pelik..npe muka dia sgt pelik?? tak pnh aku tgk muka dia mcm tu..(tp tak terluah..dlm hati je berkata2)
Aku: Wah kak..ko dah kurus la?? Fuyooo...tak aci btl..hehe
Tiada balasan seperti biasa..hanya renungan yang pelik yang dilontarkan pada aku..
Aku: Erkk..kak..adik memain je..adik tipu je..
Masih tiada balasan..hanya pandangan sepi tanpa perasaan yang diberikan kpda aku..
Kenapa ya..knpa pelik kak ti ni??
Aku: Ma, npe kak ti tu?
Mama: Dia dmm..da seminggu..tak prnh dia demam lama mcm ni. Mama kata tak yah la tlg, yela dia tak sihat, tp dia dtg jugak..
Kenduri arwah ditunda ke selepas maghrib, aku tak dpt ikuti sbb isnin keje..n chika nk balik rmh dia kat tangkak kejap sbb nk amik barang..
continue...
Label.. kenangan ini..
Hari ni..dgr lagu UNIC..best sgt..terharu jap tgk bait2 lirik dia..btl..kwn ketawa ramai..kwn menangis..sshnya nk ketemu..tp alhamdulillah..akhirnya aku bertemu juga dgn seorang kawan yg aku cukup berterima kasih atas segala pendapat dan pertolongannya..so..lagu ni aku tujukan untuk dia. Wat a such beautiful heart u have..and i always pray for u n ur hubby happiness..Aminn..
Happiness tuk aku? Insya Allah..satu hari nti aku akan merasainya..lambat atau cepat je..aku pasti..Allah itu maha adil, maha penyayang..DIA takkan biarkan hambanya begitu sahaja.
Terima kasih ya Allah atas peringatan yg sentiasa kau berikan untuk hambamu yg sering terlupa ini..
Doaku..smga orang2 yg aku syg sentiasa dlm lindunganMU..berkatilah hdp mereka di dunia dan di akhirat..kau tetapkan lah iman mereka..redhailah mereka..tunjukkan mereka jalan yang lurus dan jgnlah kau biarkan mereka jauh drimu..
Untuk insan2 yang aku sayang..aku berikan sayang ini kepada kamu, kamu dan kamu..aku redha atas apa yang berlaku..terima kasih juga atas segala yang diberikan kepada aku..krna aku yakin aku akan semakin tabah dan sabar dengan pemberian ini..dan aku yakin ada hikmah yang tersembunyi di dalamnya..
"Bersabarlah dan bertawakallah dalam kehidupan ini..sesuatu yang terjadi itu tentu ada hikmahnya.."