Tuesday, December 21, 2010
Salam semua..tajuk macam tajuk buku solusi kan? isu ke berapa..hmm..tak salah humaira, isu ke - 19..
Baru-baru ni humairan ditimpa musibah..Masya Allah..memang rasa sangat tertekan. Air mata sentiasa mengalir biarpun diseka..
Humaira sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi musibah ini. Kalau dahulu ada orang yang membantu (makhluk Allah juga..) Tapi kini humaira keseorangan. Tiada makhluk Allah yang membantu. Mulai hari ini humaira ingin meminta pada Yang Esa sahaja..kerana DIA pasti tidak membiarkan hambanya keseorangan..
Antara hikmah musibah ini adalah..berat humaira telah trn sebanyak 5kg dalam msa dua bulan. Sebelum ni mmg agak payah untuk turun. Semua orang da tgr humaira..kata nampak kurus.
Ada juga rakan yang memberikan kata semangat. Salah satunya yang terpahat di hati humaira ialah " jangan dicari kesedihan dalam musibah, tapi carilah hikmah dalam musibah ini." Itulah yang humaira pegang hingga ke hari ini..
Cuma sesekali humaira sebagai hamba Allah tergelincir apabila air mata dan kesedihan bertandang dihati..dan seringkali juga humaira merintih agar diampunkan dosa2 humaira yang lalu..:'(
~musibah itu datangnya dari Allah, bukan dari makhluknya. Mungkin ini adalah salah satu peringatan Allah kepada kita, hambaNYA yang mungkin terlupa padaNYA menyebabkan diberinya kita musibah ini agar kita tidak lalai dan leka dengan duniawi~
0 coretan hati awak:
Post a Comment