Monday, September 27, 2010

Bermalam di Hospital...

Hari merupakan hari ke -3 ibuku dimasukkan ke hospital atas sebab sakit jantung beliau(mengikut doktor). Dan malam ini seperti dua malam sebelum ini..aku akan pergi menemani ibuku di hospital..Meskipun ku tahu itu semua tidak akan cukup membalas segala jasamu..:'( Diusia begitu aku bersyukur kerana Allah meminjamkan kesabaran yang jitu kepada ibuku. Dalam kesakitan begitu beliau masih solat meskipun hanya di atas katil. Sebelum ini beliau gigih menyempurnakan tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri meskipun dalam keuzuran begitu..Sehingga tadi, hatiku masih menyangka ibuku susah hati kerana hal berkenaan ayahku sehinggalah ibu menelefon dan memberitahu dengan suara sendunya yang ditahan-tahan..doktor mengesyaki beliau ada tanda2 "stroke". Masya Allah..tidak terkata hatiku dipagut pilu...Kesian ibuku..bersabarlah wahai ibu..sesungguhnya sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya..Walaupun bagi kita mungkin itu tak baik..tp Allah lebih mengetahui..

Dihatiku~digendang pilu bertalu..tak mampu ku uraikan kepada sesiapa..Hanya padaNYA..kerana manusia tidak akan faham apa yang ku lalui..sesungguhnya aku sangat mengetahui salah satu yang menjadi punca kesusahan hati ibu dan ayahku..meskipun mereka menyembunyikannya..Maafkan daku wahai ayah dan ibu tersayang..andai anakmu ini mempunyai kuasa takkan ku kecewakan kalian..Malangnya anakmu ini hanya seorang perempuan. Ampun dan maaf dariku buat ibu dan ayah tersayang..:'( Namun anakmu ini yakin..suatu hari nanti pasti ku dapat melihat wajah kegirangan di wajah ayah dan ibu..

~salam kemaafan dari anakmu~

0 coretan hati awak:

Template by:
Free Blog Templates