Tuesday, October 19, 2010
Smlm humaira teringin betul nak makan menu diatas tu..maka..balik2 je..dengan pantas keluarkan ikan kembung kecik 6 ekor..dan sawi jepun beserta sawi kerinting..dan memulakan operasi..
Bahan-bahannya:
-----------------
1/2 biji kelapa @ 1/2 kotak kecik santan
2 ekor ikan kembung @ ape2 ikan yang korang nak
sawi jepun - 2 btg besar
cili api yang dah mesin - 2 sudu besar
air- 1 mug besar
garam sedikit
kunyit sedikit
Cara-cara membuatnya:
-------------------------
1. Masukkan santan, cili api, garam, kunyit, air ke dalam kuali. Jerang hingga mendidih.
2. Rasa kuah, dah sedap, kecilkan api, masukkan ikan kembung. Masak dengan api sederhana selama 5 minit.
3. Masukkan sawi (ptg2 dlm 2 inci). Masak dengan api sederhana kecil dalam 5 minit.
4. Siap dimasak..bolehlah dihidang..:)
~humaira tak pakai bawang kalo masak lemak biasa2 ni..hee..kalo rendang je buh bawang..~
~untuk sape2 nak buh bawang, boleh la tumbuk @ blend bawang merah dan masukkan semasa step pertama..~
~Mudah je kan??selamat mencuba... :) ~
~spt biasa..gmbrnya tak ada...maaf ya..:)~
Label.. resepiku
0 coretan hati awak:
Post a Comment