Monday, July 26, 2010

Harga sebuah kehidupan..

Assalamualaikum...rindu nak tulis blog ni..tapi kerana kerja yang bertimbun..blog ni tak dapat humaira update..humaira sebenarnya tulis blog ni saje..suka2..nak meluahkan rasa..pendapat diri sendiri..so tajuk blog hari ni berkenaan dengan sebuah kehidupan..harga sebuah kehidupan..bagi humaira, kehidupan kita ni sangat berharga. Kita hidup di dunia ni hanya sekali, tapi selepas ini kita akan mengharungi kehidupan yang lain. Dari sesi motivasi pagi dari IKIM.FM, tajuk ini dikupas oleh ustaz hasrizal bin jamil. Bagus sangat tajuk ni sebab boleh memberi kita satu galakan dan membantu kita berfikir dengan lebih matang.

Antara kupasan untuk hari ini yang humaira dapat ialah, menunjukkan feeling@perasaan kita pada orang kita sayang. Kebetulan, pada hari ni humaira mendapat tahu rakan baik a.k.a secret admire rakan humaira telah kembali ke rahmatullah kerana demam panas. Apa yang dapat humaira kaitkan dengan motivasi pagi tadi ialah..rakan humaira..tak sempat memberitahu kepada arwah yang dia juga ada perasaan sayang pada arwah..dia merasa sangat menyesal..nasihat humaira padanya..apa yang terjadi tu ada hikmahnya..memang la kita rasa menyesal..jadikan sebagai satu pengajaran..supaya kita lebih menyayangi dan menghargai orang yang ada di sisi kita. Dan agar kita tak menyesal di kemudian hari..

~ quote humaira:"sesuatu itu akan menjadi lebih berharga apabila kita telah kehilangannya~

agar humaira tidak menyesal kemudian hari:: buat anda..saya sayang anda..meskipun anda tak sayangkan saya..itu adalah hak anda..kerana setiap orang ada hak masing-masing. saya tak nak menyesal seperti kawan saya dan saya pernah menyesal sekali kerana mengecilkan hati orang lain..dan saya sangat terkesan dengan tindak tanduk saya..Insya Allah, selagi ingatan itu masih ada, saya tak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

untuk awak yang telah lalu: saya sangat menyesal. Saya minta maaf..awak mmg kawan yang baik..cuma masa tu hati saya belum terbuka untuk berkawan. Saya mengaku salah saya dan sehingga kini kesalahan itu masih menghantui saya..doa saya mengiringi kebahagian awak sekeluarga..amin..semoga awak berbahagia ke akhir hayat. Terima kasih kerana akhirnya awak berjaya menyedarkan saya dalam menghargai orang lain..:)

Ya Allah terima kasih atas kurniaanMU padaku..akhirnya aku..hambaMU yang terlupa ini mula mengingati semula..Alhamdulillah..syukur.. Terima kasih ya Allah kerana tidak membiarkan hambaMU ini keseorangan..

0 coretan hati awak:

Template by:
Free Blog Templates