Wednesday, December 29, 2010

Ya Allah..pada saat dan ketika ini..seorang antara insan kesayangan saya sedang menjalani pembedahan..selama 13 jam..Ya Allah..Engkau selamatkanlah pembedahan ini..Berilah insan kesayanganku ini dapat melihat hasratnya yang satu itu..Andaiku diberi peluang..ku ingin sekali menyempurnakan hasratnya..dengan izinMu Ya Allah...

Ya Allah..ku mohon..Engkau permudahkan pembedahan ini..semoga berjalan lancar dan semoga berjaya serta selamat semuanya..Tolong Ya Allah..hambaMu ini merayu..

Air mataku masih menitis apabila mengenangkan kebaikan insan kesayanganku ini..hanya inilah satu-satunya insan yang menerimaku tanpa menghakimiku dengan pelbagai telahan..sangat terkesan dengan kebaikannya..:'(

Hanya doa dan puasa nazar sahaja yang mampuku lakukan buat insan ini...

Assalamualaikum...kata-kata pinjaman dari lirik lagu "Insha Allah" by Maher Zain yang dikurniakan Allah dengan suara yang mampu membuatkan humaira menangis...Ya..Allah sentiasa berada disisi kita..terima kasih Ya Allah...

Alhamdulillah..dengan melihat lirik2nya..membuatkan humaira berjaya sedikit demi sedikit menjadikan diri sebagai orang yang sabar, tabah dalam menghadapi dugaan hidup..

Saat ini dugaan hidup humaira sangat kuat..semoga Allah berikan kekuatan kepada humaira dalam menempuhinya..

Berjuang dan terus berjuang..Berdoa tak putus untuk semua ini..Bantuku Ya Allah..Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Semoga Allah makbulkan doa hambaNya ini..aminn...

Ya Allah...terima kasih atas segala kurniaanMu..ku mohon Ya Allah..permudah dan percepatkanlah urusan kami..aminn...

Tuesday, December 21, 2010

:: Hikmah Musibah ::


Salam semua..tajuk macam tajuk buku solusi kan? isu ke berapa..hmm..tak salah humaira, isu ke - 19..

Baru-baru ni humairan ditimpa musibah..Masya Allah..memang rasa sangat tertekan. Air mata sentiasa mengalir biarpun diseka..

Humaira sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi musibah ini. Kalau dahulu ada orang yang membantu (makhluk Allah juga..) Tapi kini humaira keseorangan. Tiada makhluk Allah yang membantu. Mulai hari ini humaira ingin meminta pada Yang Esa sahaja..kerana DIA pasti tidak membiarkan hambanya keseorangan..

Antara hikmah musibah ini adalah..berat humaira telah trn sebanyak 5kg dalam msa dua bulan. Sebelum ni mmg agak payah untuk turun. Semua orang da tgr humaira..kata nampak kurus.

Ada juga rakan yang memberikan kata semangat. Salah satunya yang terpahat di hati humaira ialah " jangan dicari kesedihan dalam musibah, tapi carilah hikmah dalam musibah ini." Itulah yang humaira pegang hingga ke hari ini..

Cuma sesekali humaira sebagai hamba Allah tergelincir apabila air mata dan kesedihan bertandang dihati..dan seringkali juga humaira merintih agar diampunkan dosa2 humaira yang lalu..:'(

~musibah itu datangnya dari Allah, bukan dari makhluknya. Mungkin ini adalah salah satu peringatan Allah kepada kita, hambaNYA yang mungkin terlupa padaNYA menyebabkan diberinya kita musibah ini agar kita tidak lalai dan leka dengan duniawi~

Thursday, December 16, 2010

:: Ba Nun Cha Ya..Sim Dal Ya Ha::

Ya Allah..knpa blh timbul perasaan macam ni..humaira tak ingin ianya hadir..tolong lah...

Monday, December 13, 2010

Dunia ini hanya sementara...


Minta Maaf byk2..saya bukan pendendam orangnya..satu ketika dahulu mungkin..tp kini saya telah berubah..jadi..janganlah menuduh saya yang bukan2..saya juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan serta tahap kesabaran sama seperti manusia lain..saya orangnya bukan luar biasa..

Oleh itu..sebagai seorang muslimah..sya ingin mengingatkan kepada kawan-kawan serta diri saya sendiri..ingatlah DUNIA NI HANYA SEMENTARA..sampai masanya kita akan pergi..dan kita tak tahu pun bila kita akan dipanggil semula..jadi berbuat baiklah selagi boleh..janganlah kita asyik menuding jari pada orang lain..Ya, mungkin orang itu ada kesilapannya..tapi kita hendaklah berbaik sangka dan fikirkan bahawa mungkin apa yang terjadi..ADA HIKMAHNYA..serta..mungkin apa yang terjadi ini adalah dari kekhilafan kita samada kita perasan atau tidak..

Tak usahlah kita bermusuhan..Allah tak suka..dan kita harus ingat..SEMUA DUGAAN INI DATANGNYA DARI ALLAH..bukannya datang dari makhluknya..

;;

Template by:
Free Blog Templates