Monday, June 28, 2010
Salam..
Ketika ini hati humaira diserang kesedihan serta kepiluan yang teramat...ibu humaira baru lepas telefon, memberitahu mengenai keadaan ayah yang agak tidak memberangsangkan. Sejak dua minggu yang lalu..hari ni baru nmpk..his condition getting worst..ini yang doktor beritahu..Ya Allah..bantulah hambamu ini..apa yang sepatutnya humaira buat..
Terimbas kenangan semalam..semasa ayah sihat..
*ayah selalu menelefon bertanyakan humaira sudah smpi di mana (ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah)..Allah baru tarik sedikit nikmat bercakap ayah..humaira sudah merindui..percaya atau tidak..sejak ayah sakit..humaira kurang merasai nikmat makan..melihatkan ayah terpaksa minum menggunakan tiub..tak tertelan rasanya makanan yang humaira nak makan melihatkan ayah begitu..serasa humaira ingin memberikan separuh nikmat makan humaira pada ayah..
*ayah sering menelefon ketika humaira bekerja..alasannya saja..nak dengar suara..smbil suaranya yang sebak..kini tiada lagi panggilan dari ayah sejak ayah terbaring di katil..Ya Allah..baru sedikit nikmat ini KAU ambil dari ayahku..tetapi hambamu ini sudah merasakan betapa terbebannya perasaan ini..
*ayah pembersih dan rajin..kalo humaira terlambat untuk menyidai pakaian..pasti pakaian itu sudah ayah sidaikan..ayah seringkali menyapu sampah di dalam dan luar sewaktu humaira bekerja..ayahku yang sangat rajin dan ringan tulang..hinggakan ada sedikit habuk pun mahu di sapunya..
*ayah bersemangat kuat..walaupun hanya sebelah badan sahaja kekuatannya..tapi dia boleh menekan tangannya pada katil untuk membantu humaira meringankan beban ketika humaira ketika hendak membantu ayah duduk ..
*ayah kuat mengaji dan solat sunat..ternampak2 di mata ini tempat ayah sering ddk untuk mengaji dan terdengar2 suara ayah mengimamkan solat humaira dan ibu...wuduk tidak pernah hilang dari tubuh ayah..
Sehingga en3 ini habis ditulis..air mata humaira masih lagi mengalir..terbayang-bayang di ruang mata..waktu ayah gelak ketawa..bergurau senda..ayah, humaira sangat rindukan saat ini...humaira belum puas membalas jasa ayah..
Ada satu permintaan ayah yang belum humaira tunaikan..ayah nak melihat ank bongsunya menamatkan zaman bujang..ayah..humaira tak tahu sempat atau tidak..tp doa dihati ini tidak putus agar humaira sempat menunaikan hajat ayah..humaira ingin ayah menjadi wali ketika hari ini..ayah..bertahanlah..Ya Allah..berilah kesempatan kepada ayahku..Ya Allah permudahkanlah urusanku..berilah ayahku kesihatan seperti biasa..
Kadangkala serasa diri ini sangat berdosa..permintaan ayh sehingga kini belum dpat humaira turuti..sedangkan ayah tak pernah gagal dalam melaksanakan segala kehendak anak2nya..
Ya Allah..ampunkanlah dosa ayahku..ringankanlah bebanan sakitnya..
Hari Bapa pada Ahad lepas mungkin menyeronokkan bagi orang lain tapi tidak membawa apa2 erti bagi humaira..
Label.. pengalamanku.., soal hati
0 coretan hati awak:
Post a Comment