Wednesday, December 11, 2013

::syukur...::

Assalamualaikum...untuk anak ibu yang baik...terima kasih sayang..sebab memahami ibu walaupun adik msh kecil. Ibu bersyukur dikurniakan anak yang baik.

Bila ibu menangis..ank ibu pndi sapu air mata ibu..subhanallah. Ibu doakan ank ibu jdi ank soleh dan dikurniakan ank yg soleh @ solehah untuk adik-adik kecil lain slps adik. Ibu syg sgt ank ibu..walaupun hanya pinjaman dri Allah yg ibu x thu sehingga bila. Ibu sentiasa doa anak-anak ibu dipanjangkan tempoh pinjaman pd ayah dan ibu.

Subhanallah...indah sgt nikmat ini...trma ksh ya Allah ats kurniaanMu memberi ku rasa nikmat menjdi seorg ibu..

Thursday, September 12, 2013

::Dilema seorang penulis kod::

Bilamana harus mengarut dalam tulisan selama 4 hari sebelum nk dibentangkan...

Bukan itu masalah besar bagi kami...ya!bukan bagi kamu. Tapi bagi saya si penulis kod yang akan mengatur semua program itu mengikut kehendak kamu.

Kami si penulis kod...sehabis lelah mengerah semua kudrat dan upaya untuk mencari sesuap nasi. Zaman kita berbeza meskipun kamu pernah menjadi penulis kod satu ketika dahulu...inginku ingatkan..

Kita berbeza meskipun pernah memegang watak yang sama. Kerana...kamu diberi masa yang mencukupi serta pasukan untuk menjayakan kod kamu..sedangkan kami? seorang diri, kena cekalkan hati. Berbekalkan doa kepada ilahi..satu2 nya yang paling memahami..

Tuhanku...sesungguhnya..aku bersyukur menyandarkan harapanku. Seorang hamba yang hina padaMu..pandanglah aku duhai Ilahi yang maha membantu..Jangan tinggalkanku duhai tuhanku..aku merayu..tanpaMu..siapalah aku.

Friday, March 22, 2013

::Nostalgia lagu lama::

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar, dah tengahari rupanya...hari ni jiwa sentimental betul..boleh pulak nak dengar lagu-lagu lama...

Antara lagu menjadi pilihan:-
- Damasutra (sesat dalam kerinduan)
- Damasutra (sufi)
- To'ki (Hampa)

Lagu hampa tu mengingatkan pada seorang senior..hehe..boleh dikatakan hari-hari dia menyanyi lagu ni...sampaikan kitaorang ni (me & my officemates) kalau pergi mana-mana macam dah terngiang-ngiang lagu tu...hahah...berhantu betul...lagu tu sebenarnya sebelum ni tak pernah tahu pun...keke...Sapa -sapa nak dengar lagu senior kami...nila dia...silakan..hehe


Tuesday, March 19, 2013

::Minum petang...::

Konon la nak diet..tghari mkn jambu batu dgn sambal tempe...no carbo....haha...sekalinya da lapar...minta tlg la dengan adik-adik praktikal belikan pisang goreng...sambil bawa gps untuk test reply dari gps tu...
Sampai je dekat ofis, member ofis sumer ngap sekali...hehe...ramai rupanya lapar di kala saat dan ketika ini..alhamdulillah...beli RM5, mak cik tu sedekah banyak juga..semoga murah rezeki mak cik tu...dia bagi nugget pula secucuk..

tak sempat nak snap gambar pisang goreng tu...hehe...oleh itu...ikhsan google image la...hihi

nampak yummy kan? nak-nak bila perut lapar..hehe

Monday, February 11, 2013

::Hidup seorang pengembara::

Tak tahu bila akan bertemu dengan destinasi yang terakhir...
Hanya meneruskan perjalanan mengikut langkah kaki...
Sesekali minda menyapa...sampai bila?
Sesekali perasaan menjelma...bila pengakhirannya?

Ya Allah...tuhan sekalian alam...
Kuatkan hati, minda serta kudratku untuk terus melangkah
Meniti perjalanan ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan...
Kerana aku tak tahu bila ianya akan berakhir
Cuma...ku mohon biarlah pengakhiran langkahku ini
Pengakhiran yang membuahkan hasil yang baik kelak....
Di mana ianya boleh membantuku...

amin ya rabbal alamin

Monday, January 14, 2013

:: 2013::

Assalamualaikum.....hampir 2 tahun tak menulis dalam ni...really miss...tapi ada banyak tuntutan tugasan lain yang lebih utama...cerita sepanjang 2 tahun ni? Macam - macam....pergi holiday dalam negara...seronok sangat...pergi homestay actually...pastu...jeng..jeng...jeng...e- day on maulidur rasul...then tak smpi sebulan married..haha...right now...sedang menunggu amanah Allah dalam my tummy...si kecil kurniaan Allah...alhamdulillah....semuanya dipermudahkan Allah dan tak sangka...this year i'm going to be mum...alhamdulillah...semoga dipermudahkan semuanya..semoga ibu dan ank ibu yang comel ni sihat dan dimudahkan bersalin...amin...:)

;;

Template by:
Free Blog Templates