Sunday, June 27, 2010
Salam..lamanya humaira tak post something kat sni...
Pagi2 ni humaira da blogwalking seketika..dan terjumpa macam2 kisah cinta..percya atau tak..humaira masih tak tahu..ape yg "important" sgt cinta pertama smpi ada org yang menjadi tak waras kerananya..
Terus terang humaira katakan..rasa benci + menyampah + meluat dgn orang2 yang mengagungkan cinta pertama...tak boleh ker nak terima kenyataan? yang cinta pertama mereka itu hanyalah sekadar pengalaman yang Allah berikan agar mereka lebih berhati-hati dalam perhubungan..agar mereka lebih matang dalam melalui liku2 hidup..
Kenapa ada orang yang begitu taksub pada cinta pertamanya hinggakan lupa pada cinta utama yang sepatutnya? humaira pernah terbaca kata-kata dalam majalah solusi edisi perdana?(if i'm not mistaken..) yang berbunyi begini.."Mungkin yang kamu suka itu tidak elok bagi kamu dan yang kamu tidak suka itu elok bagi kamu" Dari kata-kata ni je kita leh dpt tahu kan..Allah lebih tahu mana yang baik untuk kita..Anggap sajalah sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya..kenapa menjadi manusia yang semacam tak percaya pada takdir Allah..
Entry ni tercipta apabila seorang rakan humaira mengatakan bahawa dia tak dpt melupakan cinta pertamanya walaupun dia telah berkahwin dengan suaminya hampir 10 tahun dan mempunyai dua orang anak..Masya allah!! Masa humaira dengar shja kata-kata dia..i'm very speechless..sedih sgt hati humaira...sedih kerana humaira tak dpt bygkan..bagaimana tergamaknya hati dia mengingati orang lain sedangkan suami yang sah menikahinya ada di depan mata...
Hargailah apa yg Allah berikan pada kita..bukan hargai pengalaman lalu yang langsung tak memberi apa2 dalam kehidupan kita masa kini..lagi satu..untuk yang telah berkahwin tu..Ingat2 lah..suami kita...Untuk yang belum berkahwin tu..tetapi cinta pertama anda telah pun selamat berkahwin..ingat2 lah dosa yang sedang anda create..jangan berpaling ke belakang lagi..tinggalkan semua kenangan manis dahulu..belajarlah terima kenyataan..sebab apa2 pun kita buat..kita hanya sebagai hamba Allah..buatlah keranaNYA..nescaya..hidup kita akan bahagia..
Untuk yang masih tak dpt melupakan cinta pertama mereka..berdoalah..sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang..jangan pula berusaha untuk tidak melupakan cinta pertama tu..berusahalah untuk melupakan yang tidak sepatutnya..Bukakan hati untuk orang yang benar-benar menghargai kita..bukan apa..humaira takut nti bila kita baru nak hargai orang yang benar2 menghargai kita..yang bersusah payah dgn kita..pergi..mungkin untuk seketika...mungkin untuk selamanya..kita tak kan tahu..mungkin orang itu yang sebenarnya jodoh terbaik yang Allah berikan untuk kita..sayangnya jika kita menolak kan? memang kita takkan tahu siapa jodoh terbaik tuk kita..tapi terimalah dan layanlah sebaik mungkin orang yang ada di sisi kita buat masa ni...bukakan hati itu..mohon pada Allah..kerana..hati manusia ni..Allah lah pemunya hak..kita hanya pinjam sahaja..jadi..janganlah tamak hati untuk memberi kasih sayang kita pada orang lain..tak usah simpankan untuk yang lama..kerana Allah telah tunjukkan pada kita yang ada di depan mata..yang telah pun sah menikahi kita..
Ini hanyalah pendapat humaira..maaf jika ada tersalah kata...moga2 kita semua dalam lindungan Allah Taala...amin...
0 coretan hati awak:
Post a Comment