Wednesday, December 7, 2011

::Salju di danau rindu...::

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci yang lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


suka sgt nyanyi lagu ni dlu...tiba-tiba pagi ni teringat pula...terus je paste kat blog...:)

Tuesday, December 6, 2011

Assalamualaikum....

Wahai diary hatiku...selamat bertemu kembali...tapi kali ini...seperti tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata hati kepadamu...kenapa ya...

Ya Allah..aku pasrah..aku serahkan segalaNya padaMu...

Ya Allah Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Wednesday, November 30, 2011

::Missing u...::

Ada dua mksd....just for you...i know u will read..then..please understand...only you can answer it..

Wednesday, November 23, 2011

::Serba salah...::

Macamana ni...serba salah...semua bermain di fikiran...nak bt macamana ni...huhu...Ya Allah..Engkau mengetahui segalanya...Aku berserah kepadaMu...

Tuesday, November 22, 2011

::Minta Maaf...dari hati...::

My dearest...sori..humaira sangat-sangat tak sengaja...tetido sbnrnya...

Hpku..kenapakah malam ni ko buat hal? kenapa tak de line pula....bru msg n ada miss call...huhu...

Monday, November 14, 2011

Assalamualaikum....hari ni..birthday arwah akk ipar humaira yang paling rapat...we shared everything..tapi Allah lebih sayang kan dia..8 tahun telah berlalu...but i really miss her...huhu...al-fatihah...

Kak, adik rindu.....
Banyak yang terjadi selama 8 tahun ni kak...
How i wish to see you even only in my dreams...

Wednesday, November 9, 2011

::Kesian Manusia Itu::

Tahu kenapa humaira kata macam tu? kerana...humaira telah terberkenalan dengan seorang manusia...dan perkara yang menyedihkan ialah...rupanya dia telah bertunang..tp pada masa yang sama dia berkawan dengan orang lain..dia juga telah berjanji kepada orang itu serta ibu orang itu...kasihan kan dia? humaira telah menasihati dia...tp nampaknya tidak memberi apa-apa kesan...dia seperti bangga berbuat demikian...alahai ..kasihan sangat...sebab mungkin dia lupa Allah akan beri semula dia merasai apa yang telah dia buat pada orang lain...malahan mungkin berganda pedihnya... kerana mempermainkan hati orang...dia seperti seronok mempermainkan hati orang itu..dan dia berasa bangga kerana dapat menjadi player...
janganlah kau lupa..perkataan maaf yang harus kau berikan kepada orang itu..kerana sedikit sebanyak kau telah mengucar kacirkan hidupnya...

wahai manusia..ketahuilah...waktu dan ketika ini...pembalasan dari Allah selalunya dibyar tunai...jangan kita lupa...bumi ini taklukannya..kita hanya menumpang di sudut dunia..apabila kau diberi balasan...jangan kau sedih kerana ini adalah perbuatan kau satu ketika dahulu...semoga kau bertaubat...amin

Friday, November 4, 2011

::Etika persahabatan::

Maaf...humaira bukan tak nak tegur kamu...humaira takut terlanggar etika persahabatan...ntah kenapa..bila ingat persahabatan kita..jadi sedih...tipu la kalau humaira kata humaira tak nangis bila teringat kita semakin jauh..dah tak kongsi suka dan duka..tp itu juga atas permintaan kamu..kamu juga takut terlanggar etika persahabatan kan?

kamu...kamu memang seorang kawan yang baik...betul...mmg beruntung siapa yang berkawan dengan kamu..semoga kamu bahagia..semoga sesekali kamu teringat akan kehadiran seorang humaira satu ketika dahulu...

gusto mo mahal ako?

::Mood kurang baik::

Assalamualaikum...Hari ni rasa nk marah...sedang menahan rasa itu sebenarnya..Semua gara2 collegues office..
Boleh tak jangan berkira harta office? harta tu harta milik bersama..pakai bersama..

Alkisahnya...mereka meminjam printer department kami..bawa ke department mereka..kemudian, bt mcm harta department mereka sendiri..apabila kami nk guna, walaupun telah memesan jangan dikunci pintu department mereka, tetap berbuat begitu juga..humaira terfikir adakah mereka kurang kefahaman @ apa..sedangkan berkali2 kami memberitahu...sangat menyusahkan kami untuk membuat kerja...haish...manusia2...mudah lupa diri.

Friday, October 28, 2011

::Pernah...::

Semangat kian bangkit....

Pernah... hati ini terguris..
Dengan fitnah dan tohmahan yang menghiris..
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela..

Ku tabahkan hatiku mengharungi hidup..
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu...
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri

Ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau maha mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini..di sini aku berdiri...
Bersama harapan yang tulus suci...
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci..

Monday, October 24, 2011

::Kesian hamba Allah itu...::

Ya Allah..hambaMu ini telah membuat satu kesalahan lagi..huhu..kesian hamba Allah itu..hanya kerana mempunyai iras..tiba2 aku menjadi tak suka sangat dengan dia...

Wahai teman sekerjaku...maafkan saya..saya bukan membenci kamu..Kamu tak bersalah..cuma saya sahaja yang gagal mengawal diri kadangkala...cuma peristiwa lalu yang membuatkan saya sebegini...

Thursday, October 20, 2011

::Risau::

Kenapa humaira risau hari ni...:(..da seminggu berlalu...apa yang difikirkan? apa yang sedang dilakukan? semoga Allah memelihara dirinya dan hatinyaserta akal fikirannya....amin..

Tuesday, October 18, 2011

::Sesuatu::

Sesuatu tiba menyentuh hati dan jiwa...
Menusuk ke kalbu...
Air mata luruh kerana penyesalan...
Di tengah malam...sujud memohon pengampunan...

Tuhanku...
Terima kasih atas peringatan ke atas diri ini...
Terima kasih atas semua pemberian...
Betapa aku...hambamu yang hina ini...
Walau selalu alpa dan leka...tetapi..
Tidak pernah walau sekali..Kau meminggirku...

Wahai diri...
Wahai hati...
Belajarlah...
Kuatkan diri...kuatkan hati...
Balaslah semua pemberian nikmat tuhan yang satu...
Dengan pengabdian kepadaNya...
Dengan meninggalkan semua kemungkaranNya...

Tuhanku.....
Semoga suatu ketika nanti....
Aku bisa menjadi hambaMu yang solehah...
ditemani pembimbingku...yang akan kau berikan kepadaku nanti...

Terima kasih Ya Allah...
Atas segala kurniaan..dugaan dan cabaran yang mematangkanku
untuk menjalani hidup di duniaMu yang indah ini...


~hambaMu~

::Teratak kasih ayahbonda::

Assalamualaikum...hari ini..hari Ahad...rasa geram dgn abg teh..sebab dia tak nak hntr ayah bonda pulang ke teratak kasih ni..
da beberapa hari humaira tinggal seorang...dengki tau abg humaira sorang tu..ayat dia eksyen je bila humaira tya rabu hari tu..

"Teh, bila nak hantar ayahbonda pulang?"

"Datang ler amik esok..." sambil sengih2...

uwaaa..nyampah..sementelahan humaira kerjakan...suka je dia nk ejek2..yela..humaira kerja ngan org..dia kerja sendiri..

tp pk2..kesian pulak ayahbonda...kalo humaira pergi kerja..tinggal la mereka berdua aja..

mood1: terfikir satu masa nanti...bila dah bekeluarga...bila anak da besar dan bekeluarga...tinggal la humaira bersama suami tercinta sahaja.
moga2 panjang la usia humaira bersama suami dan pergi kami pun bersama nanti..dan semoga kami bahagia hingga ke Syurga Allah..

mood2: gelak sorang2..sebab berangan je lebih..en suami tercinta pon tak tau siapa dan tak muncul2 lagi...hihi..

~zunairah_humaira~

Friday, October 14, 2011

::Konvensyen DMDI::

Assalamualaikum...lately ni...3 days ago til today...terlibat dengan konvensyen DMDI a.k.a Dunia Melayu Dunia Islam @ Renaissance Hotel Melaka...

Mood: kena jaga booth...tp ramai juga indonesian melawat booth kami..semoga rezeki company bertambah cum rezeki staf di bawahnya...

Sourvenir: beli jade utk myself..my mum n my niece yang tak de ibu tu...beli yang murah2 aja..buat kenangan..that jades sold by Beijing's women...tiba2 teringat..ooh..Islam kan ramai di China..Beijing one of location yang dah ramai peluk islam...auntie tu so kind n sweet..murah rezekinya di situ..since ramai yang beli untuk kenangan...including me..:)

Thursday, October 13, 2011

::Al-fatihah::

Assalamualaikum..hri ni..birthday arwah mak....al-fatihah...semoga mak aman dan bahagia di sana.....aminnn...

::Kawan baik sangat....::

Assalamualaikum...nape ntah hari ni rasa sedih..rasanya akan hilang seorang kawan baik..yg dah humaira anggap sebagai abg...atas alasan...dia takut kecewa @ berharap pada humaira...huhu....yelah...humaira pun lupa..mungkin selama ni humaira je yang agak selesa berkawan dgn dia..tp mgkn dia tak selesa kawan dengan humaira...huhu...

abg kita...kita minta maaf...kalau selama ni kita bt abg kita tak selesa kawan ngan kita...huhu...kita minta maaf sangat2....

Monday, October 10, 2011

::Berhenti Berharap ::

Assalamualaikum...tajuk atas macam orang kecewa kan??

Honestly..yup..agak kecewa...yang pasti bukan dengan DIA..tetapi dengan makhluknya...
Bila fikir2 kan...tak sepatutnya humaira kecewa..sebab dah berulang kali dah mengingatkan diri agar sentiasa berhati2..tp..sebagai manusia yang lemah..selalu sangat tergelincir..

Salah humaira juga...mengharapkan balasan..huhu...mungkin itulah sebabnya..walhal dah seringkali mengingatkan diri dan hati supaya...beri sahaja..jgn harapkan balasan..sebab..orang tak macam kita...hati orang tak macam hati kita...setiap manusia berlainan sifatnya...

Pada masa sekarang...yang terlintas di fikiran...hendak melarikan diri..bukan dari kenyataan..tapi dari orang2 sebegitu...sememangnya kita harus berdepan dengan masalah ini since inilah kenyataannya...cuma humaira mahu menyepikan diri dari mereka....

Perasaan sekarang? sedih..kecewa...sayu...semuanya berkumpul menjadi satu...
Insya Allah..Allah akan sentiasa membantu humaira menghadapi semua ini...

Pergilah semuanya...humaira redhakan jika ini yang ditakdirkan...Tahniah kerana berjaya membuat humaira berfikir sejenak....sekurang2nya..ianya membantu humaira muhasabah diri buat sekian kalinya...

azam: tidak berharap kepada sesiapa lagi...tidak mempercayai lagi kata-kata manusia yang penuh dengan kepura-puraan..pembohongan...ingin meninggalkan semuanya...segala2nya...

Ya Allah..jika inilah kesilapanku..ampunilah aku..hambamu yang lemah ini...bantulah aku..jangan biarkan aku tersilap lagi...:'(

Monday, October 3, 2011

Assalamualaikum...tgk tajuk diatas da boleh agak kan? ya..humaira tewas lagi...tewas dengan hati..dengan nafsu berkasih sayang..huhu...

Kena kuatkan diri dan hati..syaitan ni..syuuhhh...p jauh2..:(

Saturday, September 24, 2011

::Terminate number phone::

Assalamualaikum....hri ni terminate number phone...ntah kenapa rasa sayu sangat..no ni dah pki lama..hampir 10 tahun..byk sgt sentimental value...bkn sengaja nk terminate no ni..tapi terpaksa..huhu...mungkin dengan cara ini kebahagian dlm hidup dpt dicapai dengan baik...:) Insya Allah....


note: it doesn't matter if i'm only an option in ur life rather than i'm an option from Allah's attention.....

Tuesday, September 20, 2011

::Batuk, sakit tekak::

Assalamualaikum....hari ni symptom batuk dan sakit tekak bermula...Masya Allah..duk berdehem dari tadi..harap2 teman sekeliling tidak sedar akan keadaan humaira ni..kalau tak mesti mereka tak selesa...huhu..kesian mereka..

Sementelahan humaira pula berpuasa, tak dpt nk melegakan dengan minum air walau seteguk..

Monday, September 19, 2011

::Puasa 6::

Assalamualaikum..semoga hari ini dapat dijalani dengan baik..Insya Allah..Hari ni baru nak start puasa 6. semoga dapat menghabiskan dengan sempurna..amin...

note: puasa ramadhan + puasa 6 = pahalanya seperti berpuasa sepanjang tahun...:)

Monday, September 12, 2011

::Adab masuk masjid::

Assalamualaikum...tajuk dekat atas ni semua orang blh tahu humaira rasa...tapi kadang-kadang segelintir manusia tu, yang beragama Islam khasnya suka buat-buat tak tahu...

Semalam, terjadi satu peristiwa yang sangat memalukan. Humaira turut terasa tempiasnya kerana manusia itu satu jantina dengan humaira..dan lebih memalukan lagi apabila orang itu sudah berusia dan menempelak imam masjid tanpa segan silu walhal itu adalah kesalahan mereka sendiri.

Ceritanya terjadi apabila seorang makcik dan ank perempuannya masuk ke masjid. Mula-mula humaira tgk, masya Allah..mak cik dan anak perempuannya mempunyai paras rupa yang menarik tapi agak terkejut kerana tanpa menggunakan hijab sewaktu masuk ke masjid beserta pakaian agak kurang manis dipakai...

Kebetulan mak cik ini ingin berjumpa dengan seorang atuk di sini kerana ingin melunaskan niatnya untuk menyedekahkan duit kerana pernah bernazar sekiranya si anak tadi mendapat pekerjaan yang dikehendaki, mereka ingin bernazar di situ.

Dialog terjadi apabila seorang imam masjid berjumpa dengan atuk tersebut dan meminta atuk itu menegur sesiapa yang ingin datang ke masjid supaya mematuhi adab masuk ke masjid. Malangnya mak cik itu terasa dan terus meninggikan suara sambil berkata :

"Alah, ayah saya dulu imam la..orang yang memakai tudung tu belum tentu hatinya baik."

ada juga si kakak yang menegur mak cik tu dengan lembut...

"Maaf kak, saya tumpang cakap sikit..sememangnya bila kita masuk ke masjid, kita kena pakai tudung. Kalau akak ada bwa selendang ke atau apa-apa sahaja di dalam kereta, bolehlah akak memakainya sekejap.."

sambung si makcik:

"Saya datang sekejapnya, sya nk bg sedekah ni pada atuk tu..atuk tu yang suruh masuk sini.." dengan suara yang agak kuat dan menarik perhatian jemaah dan orang yang datang ke masjid tersebut.

alahai..kesian mak cik ni..takkan la tetamu disuruh duduk diluar rumah..begitu juga masjid, apa salahnya masuk ke masjid sekejap kerana atuk tu ada hal dan sedang bercakap dengan orang lain..tak boleh sabar ke?

Inilah manusia..bila ditegur tentang kesalahannya, sangat sedikit golongan yang mengaku bersalah, sedangkan yang lain itu bangga dengan kesalahan mereka dan juga tidak segan silu menempelak orang yang menegur mereka untuk kebaikan...

Thursday, September 8, 2011

::Happyy...::

Assalamualaikum semua..rindu nk menulis sebenarnya..tp tak cukup ruang dan waktu...kenapa saya happy? kerana.....dpt beli laptop..alhamdulillah..rezeki raya..setelah bekerja dua tahun kat company ni...
Ada jugak tak happy..knpa? hehe..berat naik..sbb hati gembira kot..tp tak pe..nti2 blh trnkn brt balik..sbb da rasa tak best nk berjalan2..hihi...
Sidia kembali ceria, alhamdulillah..tak kisah la even dia tak mo mkn ubt sekali pun..sbb sya yakin Allah akan pelihara dia..dan..semoga dia sentiasa sihat di bawah lindungan Allah sepanjang masa. Sya happy untuk dia juga...sya janji pada diri sendiri untuk sentiasa menggembirakan dia..Insya Allah...:)

Saturday, August 20, 2011

::Mengalah bererti kalah?::

Assalamualaikum..salam ramadhan..masuk 10 malam terakhir..Alhamdulillah, hujan turun menyejukkan serta mendamaikan bumi negeri selatan..
Melihat tajuk sahaja, apa yg korg fikirkan eh?
Bagi humaira, semua tu adalah subjektif..tgk pada keadaan serta persekitaran, masa juga ketika sesuatu perkara berlaku..
kalo dalam games, mcm tak leh aplikasikan ayat kat ats tu...bahaya..hehe..

Tuesday, August 16, 2011

::Membaca segalanya tentang dia::

Suka..org yang simple..yang biasa2 aja..:) ..terima kasih...hadirkan perasaan ini..
Suka..roti yg dibubuh aym rebus + mayonis..
Suka..horlick n carrot susu..
Suka...nasi grg kg
Suka..pggl saya dgn panggilan yang sedap didengar..
Suka..layan kerenah saya..

Risau..bila saya call awak waktu drive..
Risau..bila saya nangis..
Risau..kalo ramai org lelaki dekat dengan saya..

sidia saya, saya suka awak apa adanya diri awak...segala kelebihan dan kekurangan awak..saya terima..kerana saya tahu..Allah dah ciptakan begitu untuk awak agar ianya lengkap untuk awak..

sidia saya, jangan risau..selagi Allah telah menetapkan hati saya untuk menyayangi awak, selagi itu, walau seribu lelaki mengelilingi saya..sya ttp nampk awak yang jauh dimata saya..tp dekat sgt dihati saya..saya call awak waktu drive kerana..saya juga manusia..agak tkt pada kegelapan terutamanya pada tengah malam..walaupun dah berkali awak ingatkan saya..takut pada Allah sahaja..:) awak sangat membanggakan saya...sidia saya, saya menangis kerana..saya risaukan awak..saya tak nk awak putus asa atau patah hati..saya nak awak kuat..think positive...saya nk bersama awak waktu susah dan senang awak..

sidia..fahamilah..apabila saya tak call awak..bukan bermakna saya merajuk atau kecil hati..sya nk bg space pada awak..apabila saya tak msg awak..bukan bermakna saya sudah berubah hati..nauzubillah..sya cuma nak awak merehatkan minda dan fikiran awak..

sidia, jangan terfikir untuk menjauhkan hati dari saya..sdh cukup kita menjauhkan diri...jgn pulangkan hati saya selagi Allah izinkan ianya untuk awak...dan jangan ambil hati awak dari saya selagi Allah izinkannya untuk saya...

::Kesayanganku::

Tahun ini banyak sgt dugaan untukku..kali ini kesayanganku sakit..Ya Allah..tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila mendengar sakitnya..humaira tahu..kita yang mendengar berasa perit..apatah lagi orang yang menanggungnya..

Ya Allah, aku serahkan kesayanganku kepadaMu..kerana aku yakin Kau lebih mengetahui yang mana baik dan buruk untuknya..dan semoga..kami dapat bahagia bersama..

Untuk sidia..jgn putus asa, sya sentiasa ada disamping awak..w/pun kita jauh. .ingt Allah..Allah pastikan takkan sia2kan usaha kita...

Monday, August 8, 2011

::Antara Hati dan Akal::

Antara menjaga hati dan menggunakan akal untuk ke arah lebih baik..yang mana satu?

Ada orang lebih suka menjaga hati..tetapi tak kurg juga org yang menggunakan akal..

Kata-kata ini terbit di akalku apabila...hatiku berkata2 dan hatiku disokong oleh air mata..

Manakala akalku juga tidak mengalah..akal ku segera bertindak meredakan kata-kata hati dengan suara memujuk yang akhirnya membuahkan berjuta2 air mata turun kerana kelegaan...


yang paling penting..ingat, Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada, walau apa pun yang kita lakukan..dan apa jua yang ada pada kita...Insya Allah, Allah takkn mengecewakan kita...

~sayang Allah..:)~

Monday, July 25, 2011

::Ampunkan aku ya Allah...::

Ampunkan aku ya Allah sekiranya perasaan ini melanggar segala suruhanmu..aku cuba ya Allah, sedaya upaya ku untuk menepis semuanya..

Ya Allah, jika belum masa dan tikanya, ku mohon..bantulah hambamu ini menghindari segalanya...amin..huhu

Tuesday, July 19, 2011

::Menunggu::

Hari demi hari menunggu...sesuatu yang tak pasti..cuma hatiku agak pasti tentang itu..Allah lebih mengetahui..doaku, moga tiada lagi tampalan hati yang harus aku lakukan..benar, kerana aku manusia, semua itu harus ku tempuhi dengan izin-Nya..

duhai si dia..yang aku tak tahu siapa..sbnrnya hatiku takut berbicara..lantaran takut tersalah kata juga salah empunya diri. Cuma keyakinanku masih ada, Allah pastikan sampaikan padanya..

doaku agar kau akan berkunjung juga ke laman hatiku..yang sentiasa aku doakan agar Allah mengizinkan ianya milik kamu..memang benar aku perlukan kamu sebagai pendamping dan penemanku juga pembimbing sebelum kita kembali kepadaNya..betapa hati..jiwa..ragaku..agak goyah ketika ini dalam penantianku..

kamu..yang aku tunggu...moga sayangmu padaku keranaNya..benar-benar kerananya..bukan kerana duniawi semata..

Monday, July 18, 2011

::Cinta & Cita-cita::

Benarkah kata orang CINTA tidak punya mata tapi hanya ada hati..

CINTA dan CITA-CITA adalah dua komponen yang seiring landas geraknya, saling melengkapi dalam memperteguh matlamat keduanya. Ibarat perlunya malam kepada siang, signifikannya suami kepada isteri dan hadirnya cahaya dalam kegelapan.

Walaupun siapa kita, tanah mana kita berpijak dan langit mana kita bernaung, janganlah sesekali kita pisahkan keduanya. Moga atas jambatan CINTA Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah, CITA-CITA yang digarap atas nama CINTA-NYA mampu digapai dalam inayahnya.

Insya-Allah.


~petikan dari iluvislam.com~

Monday, July 11, 2011

:: Missing::

Kehilangan seorang sahabat yang sangat dirasai...sahabat yang sangat baik..seringkali menemani ketika sng dan susah..tak tahu mana nak cari..dalam hati hanya doa yang ku titipkan semoga dikau di dalam lindungan Allah dan moga Allah temukan kami semula..amin..

~nur syg kamu wahai sahabatku...~

Tuesday, June 14, 2011

Fobia...Trauma...

Ya Allah...memang sangat terasa hati bila digelakkan oleh orang lain yang mendengar mengenai fobiaku...Sedih sangat..

Wahai insan di luar sana, jangan lah kamu mentertawakan orang lain kerana kekurangan mereka kerana semua itu dari Allah dan ada hikmahnya bila telah diberikan oleh Allah.

Tahukah kamu wahai insan di luar sana, tiada sesiapa pun ingin dijadikan bahan gelak tawamu yang menghiris hati...meskipun berkali ku tangkis dengan senyuman tetapi cuaca hatiku akan serta merta berubah mendung dari cerah bila mendengarkan gelak tawamu..

kelakar? ya mungkin bagi kamu yang tidak merasai..sedangkan kami yang merasai berusaha, berjuang habis-habisan untuk mengatasinya...

tolonglah...simpan gelak ketawamu di hadapan kami, keluarkan ia apabila kami tidak mendengarnya..kami tak kisah...

terima kasih atas galakan teman2 yang merasai...terima kasih ya Allah atas kesabaran yang Engkau kurniakan ke atas kami yang lemah ini...:)

Monday, May 2, 2011

Assalamualaikum.....betapa humaira sangat rindukan arwah mak. Mujur masih ada mama menemaniku hingga ke saat ini..

Ma, humaira sayang mama..sangat2..
Mak, humaira juga sayangkan mak sangat2...kenangan antara kita tetap humaira simpan mak..humaira rindu sgt dgn mak..sangat..

Selamat hari ibu ma...semoga mama bahagia dunia akhirat..
Selamat hari ibu mak, moga Allah pelihara mak di alam sana..


rindu yang tak pernah padam..sayang yang takkan terhakis biar apapun berlaku..

~ anak mama dan anak mak~

Thursday, April 28, 2011

Assalamualaikum..ya, itu lah azamku..aku ingin berubah. Aku harus kuatkan semangatku..aku percaya..Allah takkan biarkan aku keseorangan..

Terima kasih ya Allah, kerana mendatangkan aku ujian itu..aku bersyukur padaMu..aku tahu segalanya ada hikmahnya..jangan tinggalkan aku walau sesaat Ya Allah..biarlah seribu manusia meninggalkan ku..aku tak kisah kerana aku tahu hanya engkau sahaja yang menyayangiku..tidak seperti makhluk ciptaanMu..dan aku sangat yakin, suatu hari, kebahagian untukku akan tiba dan ketika itu kebahagian itu tiada taranya yang ku rasa...aminn...

pergilah semua kenangan..aku redha..pergilah..

Tuesday, March 29, 2011

::Itulah saya...::

Bila saya tgk cermin lama2..baru saya tahu..
Betul cakap awak,

Saya tak cantik...
Saya nampak sombong sebab susah senyum...
Saya bercakap dengan nada serius...
Saya suka pakai baju besar...
Saya old fashion...
Saya tak reti mekap...
Saya berbadan besar...
Saya rendah...
Saya lebih tua dari awak...

Sebab itulah awak tak pernah sayang saya.
Awak hanya simpati dengan keadaan saya...
Sebab tu awak berkawan dengan saya...

Tapi awak nak tahu?
Kerana sebab2 dia atas lah membuatkan saya bersyukur sangat2 kepada Allah
Awak nak tahu sebab apa?

Saya tak cantik di mata awak, tapi saya tahu Allah ciptakan semua hamba dia bersebab.
Saya nampak sombong sebab saya takut senyum saya blh melalaikan diri saya dan lelaki2 yang lain.
Saya bercakap dengan nada serius sebab, saya takut berdosa kerana telah diingatkan agar jangan lunakkan suara bila berkata-kata dengan lelaki.
Saya suka pakai baju besar sebab saya malu kalau orang nampak lekuk2 badan saya.
Saya old fashion sebab saya takut nanti saya menjadi muslimah yang lupa diri bila dah bergaya.
Saya tak reti mekap kerana saya takut niat hati saya terpesong dengan membuaikan keindahan mekap saya pada lelaki2 di luar sana.
Saya bersyukur saya rendah sebab masih ramai orang perempuan tinggi yang susah hati dengan ketinggian mereka.
Saya bersyukur saya lebih tua dari awak sebab, saya selalu mengingatkan diri saya bahawa umur saya semakin muda di dunia ini. Jadi kena selalu ingatkan Allah..:)

Awak, terima kasih atas kata-kata awak. Alhamdulillah Allah hantar awak untuk mengingatkan saya untuk lebih mencintai Allah dari makhluknya.

Tuesday, March 22, 2011

:: Mimpi...::

Kata orang mimpi itu akan hadir apabila kita terlalu memikirkannya...benarkah??

Sudah beberapa kali humaira mimpi mak...rindu kat mak..doa untuk mak sentiasa meniti di bibir. Setiap kali terpandang susuk tubuh mak cik2 yang seakan mak, dengan mudah air mata humaira mengalir. Moga Allah merahmati mak dan masukkan mak dalam golongan orang mukmin.

p/s: teringin nk ziarah kubur mak...walaupun jauh, tetap berazam akan pergi satu hari nanti..moga2 Allah kabulkan hajatku ini..amin..

Tuesday, March 8, 2011

Nampak macam senang kan?

Thursday, February 24, 2011

::Jangan sayang dan jangan benci::

Akhirnya...tahniah wahai hamba Allah..kerana kau berjaya membuatkan aku mengenal erti membenci..walaupun sudahku tahan..tapi jika inilah cara terbaik untuk aku melupakan semua kepahitan yang telah kau hadiahkan kepada aku dan keluargaku..aku redha..semoga suatu hari nanti, Allah kan memberikan kau pula merasai apa yang patut kau rasai supaya kau lebih menghargai kehidupan manusia lain..jangan tamak dan jangan riak...kau pun hanya menumpang di bumi Allah ni..esok atau lusa atau sebentar sahaja lagi akan dipanggil mengadap..kita masing2 tak pasti..maafkan aku kerana mulai membenci dirimu walaupun telah ku kawal sebaik mungkin...

Thursday, February 10, 2011

Mama menangis...satu perkara yang lama yang mama tak bt..Ibuku itu memang tabah orangnya..sangatttt tabah...selalu berdoa nak menjadi setabah mama...

Ma, andai adik mampu berbuat sesuatu...adik pasti akan buat..untuk mama. Biarpun itu bukan kehendak adik..mama jangan risau, adik akan belajar menjadi manusia yang redha..adik nak tunaikan hajat mama..cukup la hajat mak adik tak dpt tunaikan..tapi hajat mama, adik akan usaha..menunaikannya..

Ya Allah..berikan aku petunjuk...tetapkanlah hatiku apabila telah mendapatkan petunjuk dariMu..aminn...

"Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik, wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu."

Wednesday, January 26, 2011

::Maafkan Aku::

Dalam cuaca yang gelap pekat, hujan turun dengan lebat dan tiba-tiba hatiku meluahkan satu perasaan yang telah lama aku kawal.. ianya muncul dan sejurus kemudian air mata gugur satu persatu..ya..perasaan sayang..sayang pada makhlukNYA..rasa rindu bertamu..rasa ingin dimiliki dan memiliki muncul secara tiba2..ku cuba mengawal lagi perasaan yang bertamu ini..memang kasih dan sayang ini bertambah untuknya..apatah lagi setelah dirinya begitu mendekatiMU..namun ku cuba ya Allah..agar kasih dan sayang ini tidak melebihi kasih dan sayangku padaMU..itu doa ku tiupkan dikalbuku..

~Maafkan hambaMU ini ya Allah sekiranya perasaan ini menyebabkan dosaku semakin bertambah. Hindarilah dari hatiku sekiranya ia akan menambahkan beban dosaku..aminn...~

Monday, January 24, 2011

::Sesekali diuji::

Salam...teringin nak kongsikan sesuatu sementelahan sedang mendengar untuk santapan rohani..

Hidup kita kat dunia ni tak lepas dari ujian Allah...hari tu dengar dekat radio ikim.fm.."hikmah itu datang sekali sekala..tapi bersyukur kena selalu"..Alhamdulillah..sangat terkesan dengan dengan word ni..sampai sekarang humaira ingat..diikuti dengan satu nasyid dari kumpulan NICE..masya Allah..liriknya..sangat menyentuh perasaan..dan boleh dijadikan satu motivasi bagi diri humaira..humaira harap begitu juga pada kawan2..

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa


Semoga kita semua menjadi insan yang sabar, tabah serta pemaaf....amin..

::Duhai abangku::

Duhai abangku sayang...tiada niat dihati adikmu untuk menyusahkan hidupmu..cuma ku pinta kau berhenti sejenak..mencari sesuatu yang telah hilang dari hidupmu..tak selamanya kita hidup di dunia ini..hargailah apa yang kita ada sebelum Allah mengambilnya semula dari hidup kita..kita semua adalah pinjaman dariNYA...ya Allah..berilah kesedaran kepada abangku..darah dagingku..berilah dia petunjuk..janganlah Engkau menjauhkan dia dariMu..lindungilah dia dari segala kejahatan, fitnah jin, manusia dan syaitan..

Wednesday, January 19, 2011

Perginya tak kembali...

Salam kawan2..peritnya bila kehilangan seseorang yang kita sayang..humaira kehilangan seorang yang sangat humaira sayang..walaupun bukan ibu kandung, tetapi mak tetap mak humaira..sehingga ke hari ini..setiap kali teringt, setiap kali tu air mata terbit keluar..mak...humaira rindu mak..humaira tak de tempat mengadu..dlu slalu je mak tepon humaira @ humaira tepon mak..humaira teringat lagi..bulan 6 thn lepas la..pertama dan terakhir kita berkongsi cerita semua suka duka kita bersama..humaira tak sangka..tahun baru tahun ni adalah kali terakhir humaira berckp dengan mak..kali terakhir humaira cium dahi dan pp mak..humaira rindu mak..terasa sangat sepi tanpa mak..mak je satu2 orang di keluarga sblh sana yang menerima humaira seadanya mak..

al-fatihah untuk mak...

Thursday, January 6, 2011

::Bila Rindu::


Assalamualaikum semua...tajuk mcm jiwang je..hee..Ada pelbagai jenis rindu..pada ibu ayah..kawan2..arjuna hati..kan??

Hmm..bila rindu kwn2 buat apa? Kalau humaira..

1. Refresh memories..
2. Dengar lagu berkaitan..
3. Tengok gambar-gambar yang berkaitan..
4. Baca message2 @ notes yang berkaitan..


dan percayalah..selagi kita hidup..kita tetap akan rindukan sesuatu yang telah berlalu @ pergi dari hidup kita..

and guess what??

i really missed my old times..especially the best moment ever happened in my life since 3 years ago..and..tears come out...huu..

~tgk tedy kat atas..teringt tedy bear humaira kat rumah..peneman suka dan duka humaira..tmpt mengadu serta berkeluh kesah..miss you tedy ku sayang..huu...~

;;

Template by:
Free Blog Templates