Monday, August 8, 2011
Antara menjaga hati dan menggunakan akal untuk ke arah lebih baik..yang mana satu?
Ada orang lebih suka menjaga hati..tetapi tak kurg juga org yang menggunakan akal..
Kata-kata ini terbit di akalku apabila...hatiku berkata2 dan hatiku disokong oleh air mata..
Manakala akalku juga tidak mengalah..akal ku segera bertindak meredakan kata-kata hati dengan suara memujuk yang akhirnya membuahkan berjuta2 air mata turun kerana kelegaan...
yang paling penting..ingat, Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada, walau apa pun yang kita lakukan..dan apa jua yang ada pada kita...Insya Allah, Allah takkn mengecewakan kita...
~sayang Allah..:)~
Label.. renungan
Tuesday, July 20, 2010
Rejab berlalu pergi..syaaban menjenguk pula...
0 coretan hati awak Coretan hati nur zunairah humairaSedih rasanya...rejab berlalu pergi...syaaban pula menjenguk..hari ini baru nak start puasa sunat syaaban..selepas ini..ramadhan pula kembali..tahun ni puasa sunat sikit sangat..:'( semoga humaira berkesempatan bertemu lagi di tahun hadapan dengan azam ingin berpuasa lebih..Insya Allah..
~tiba2 teringat..semasa di awal rejab, ayah humaira bertanyakan..dah msk bulan puasa ke? apabila beliau tahu humaira berpuasa..sewaktu itu..tubuhnya dan ingatannya kian lemah..Alhamdulillah..sekarang ni..keadaan ayah bertambah baik..semoga ayah sihat, dapat melakukan ibadah dengan baik..aminn...~
Label.. pengalamanku.., renungan, soal hati
Monday, July 12, 2010
Salam semua...
Hari ni ada training la pulak..tapi tak pe..enjoy2 kan diri walaupun debaran nak pergi iv terasa sangat dah ni..:)
Topik hari ni humaira nak kupas mengenai marah..hehe..mcm motivator la pulak..
Nape seseorang itu perlu marah? bagi humaira..marah tu tak salah..tapi kenalah pada tempatnya..janganlah main marah melulu..sangat tak bagus..especially pada orang yang kena marah tu..why don't we put ourself on her/his shoes? mesti kita rasa sedih tul tak??
Tapi biasanya orang yang marah ni..hilang kawalan diri, lepas tu mulalah nak menyesal..kalau boleh ditarik balik dan diterima kekesalan dan maaf itu, tak pe la..kalo orang yang dimarah itu berkecil hati macamana? hilang satu kawan..putus la satu silaturrahim..tak bestnya..kan?? :(
oh..tau kenapa topik ni keluar..hehe..humaira kena marah..sebab pe? ntah..i really don't know..npe humaira kena marah..so, nak menenangkan hati..humaira duk diam je..tak pe la..one day, orang yang marah tu akan tahu kesilapannya..humaira tak de wat pe pun..i'm just asking..it's not personal question @ any related that will make somebody will be moody with me..aish..tak pe la..malas mau berbicara dengan orang sebegitu...huhu...
For that person: humaira terasa hati sikit kata2 anda...so buat masa ni..if humaira tak message @ return call @kekurangan bicara, sorry la..it will take some times to me nak ubati hati hasil kata-kata anda..btw..thank you so much atas kekasaran itu ya..it will remind me to be more silent..:)
Label.. pengalamanku.., renungan, soal hati
Sunday, June 27, 2010
Salam..lamanya humaira tak post something kat sni...
Pagi2 ni humaira da blogwalking seketika..dan terjumpa macam2 kisah cinta..percya atau tak..humaira masih tak tahu..ape yg "important" sgt cinta pertama smpi ada org yang menjadi tak waras kerananya..
Terus terang humaira katakan..rasa benci + menyampah + meluat dgn orang2 yang mengagungkan cinta pertama...tak boleh ker nak terima kenyataan? yang cinta pertama mereka itu hanyalah sekadar pengalaman yang Allah berikan agar mereka lebih berhati-hati dalam perhubungan..agar mereka lebih matang dalam melalui liku2 hidup..
Kenapa ada orang yang begitu taksub pada cinta pertamanya hinggakan lupa pada cinta utama yang sepatutnya? humaira pernah terbaca kata-kata dalam majalah solusi edisi perdana?(if i'm not mistaken..) yang berbunyi begini.."Mungkin yang kamu suka itu tidak elok bagi kamu dan yang kamu tidak suka itu elok bagi kamu" Dari kata-kata ni je kita leh dpt tahu kan..Allah lebih tahu mana yang baik untuk kita..Anggap sajalah sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya..kenapa menjadi manusia yang semacam tak percaya pada takdir Allah..
Entry ni tercipta apabila seorang rakan humaira mengatakan bahawa dia tak dpt melupakan cinta pertamanya walaupun dia telah berkahwin dengan suaminya hampir 10 tahun dan mempunyai dua orang anak..Masya allah!! Masa humaira dengar shja kata-kata dia..i'm very speechless..sedih sgt hati humaira...sedih kerana humaira tak dpt bygkan..bagaimana tergamaknya hati dia mengingati orang lain sedangkan suami yang sah menikahinya ada di depan mata...
Hargailah apa yg Allah berikan pada kita..bukan hargai pengalaman lalu yang langsung tak memberi apa2 dalam kehidupan kita masa kini..lagi satu..untuk yang telah berkahwin tu..Ingat2 lah..suami kita...Untuk yang belum berkahwin tu..tetapi cinta pertama anda telah pun selamat berkahwin..ingat2 lah dosa yang sedang anda create..jangan berpaling ke belakang lagi..tinggalkan semua kenangan manis dahulu..belajarlah terima kenyataan..sebab apa2 pun kita buat..kita hanya sebagai hamba Allah..buatlah keranaNYA..nescaya..hidup kita akan bahagia..
Untuk yang masih tak dpt melupakan cinta pertama mereka..berdoalah..sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang..jangan pula berusaha untuk tidak melupakan cinta pertama tu..berusahalah untuk melupakan yang tidak sepatutnya..Bukakan hati untuk orang yang benar-benar menghargai kita..bukan apa..humaira takut nti bila kita baru nak hargai orang yang benar2 menghargai kita..yang bersusah payah dgn kita..pergi..mungkin untuk seketika...mungkin untuk selamanya..kita tak kan tahu..mungkin orang itu yang sebenarnya jodoh terbaik yang Allah berikan untuk kita..sayangnya jika kita menolak kan? memang kita takkan tahu siapa jodoh terbaik tuk kita..tapi terimalah dan layanlah sebaik mungkin orang yang ada di sisi kita buat masa ni...bukakan hati itu..mohon pada Allah..kerana..hati manusia ni..Allah lah pemunya hak..kita hanya pinjam sahaja..jadi..janganlah tamak hati untuk memberi kasih sayang kita pada orang lain..tak usah simpankan untuk yang lama..kerana Allah telah tunjukkan pada kita yang ada di depan mata..yang telah pun sah menikahi kita..
Ini hanyalah pendapat humaira..maaf jika ada tersalah kata...moga2 kita semua dalam lindungan Allah Taala...amin...
Thursday, May 6, 2010
Entry ni khas untuk ibuku tercinta...
Mama...Selamat Hari Ibu..
Terima kasih di atas segala pengorbanan
Selamanya ku takkan lupa jasamu..
Budimu..jasamu..tak terbalas walaupun seluruh dunia ini ku gadaikan..
Mama..
Ampunilah segala dosa anakmu..samada sengaja atau tidak...
keterlanjuran kata..
kekasaran kata...kekuatan percakapan...
Sesungguhnya..anakmu ini byk kekhilafan..
Hanya keampunanmu sahaja yang dapat mengeluarkan anakmu ini..
Ya Allah..
Kurniakanlah ibuku ketenangan di atas muka bumi ini..
Rahmatilah ibuku dunia dan akhirat...kasihanilah ibuku
sepertimana dia mengasihiku dari kecil hingga besar..
berilah kesihatan pada dirinya...agar aku msih dapat bersamanya
sebelum salah dari seorang kami dipanggil mengadapmu..
Mama..ketahuilah..mamalah punya kekuatan ankmu sehingga ke hari ni...
Segala cabaran dan dugaan yang ku dapat tempuhi..semuanya dri doamu..
Doa dari seorang ibu..
Dan untuk manusia2 yang mengguriskan hati ibuku...
Ketahuilah..bhwa ibuku tak pernah berdendam..
Malahan semakin memahami..jwpn yang diberikan...
"Tak pe..mama faham..diaorg semua sibuk..bekerja.."
Ibuku berkata2 sambil senyum..tp matanya tergenang air..
Air apakah itu wahai manusia2?
Biarku beritahu...air itu adalah..air mata kerinduan...
Tapi ini adalah peringatanku untuk kamu wahai manusia...
Belajarlah menghargai orang yang telah menabur bakti padamu
Walaupun siapapun kamu..apa gelaranmu..apa jawatanmu..
Tanpa jasa ibuku..kamu semua tak mungkin berada di tahap ini..
Insaflah..sebelum semuanya terlambat..
Dan ketahuilah..walaupun dia meredhakan semuanya..
tapi..hati kecilnya..sgt merindukan kamu semua...
Tapi kamu..manusia yang tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain..
Yang tak pernah meletakkan dirimu di tempat ibuku..
Walau dia bukan ibu pada kamu semua..tp dialah pengganti ibumu itu..:'(
Mama..biarpun bagaimana keadaan mama..mama tetap humaira sayang...
sampai bila2..sampai roh ini diangkat ke atas..
sehingga jasad ini hancur dimamah bumi..
Humaira sayang mama dunia akhirat....
Wednesday, April 21, 2010
Berdasarkan kepada mafhum ayat al-Quran dalam Surah Al-Maidah, ayat 1 Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah segala janji-janji kamu..."..
Sebenarnya..baru jek humaira dengar lagu Taufik Batisah..tajuk: suatu janji..best jugak lagu ni..rancak..rasa hepi bila dengar..pehtu..round2..jln2..mkn angin dri satu website ke satu website..tetiba jumpa lak ni kat IKIM so teruskan pastekan kat sni..
Actually, ni pun slh satu nk mengingatkan dri humaira juga agar jangan bermain dgn janji..jgn pandai2 nak berjanji kalo tak yakin kita leh tunaikan..dosa woo..ish2 bahaya..nak2 bab2 agama ni..huuu...
Label.. renungan
Salam uols...
Harini..humaira nk kongsi skt apa yang humaira dpt tuk hri ni..agak best jugak untuk direnungkan..especially untuk pasangan2 yg bercinta ke berkahwin ke....tips tuk mencari atau memilih psgn pon ok jugak ni..here is it...
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai tidak secekal Siti Hajar..
Mengapa mendambakan teman hidup sesempurna Nabi Muhammad S.A.W jika kita mempunyai kekurangan pada diri...
Bimbinglah dirinya..dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan dalam dirinya...sesungguhnya manusia tiada yang sempurna..
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah agar dia menjadi milikmu hingga ke akhir hayat...
Hidup ini satu perjuangan..berjuanglah selagi nyawa dikandung badan..
Label.. renungan




