Monday, September 12, 2011
Assalamualaikum...tajuk dekat atas ni semua orang blh tahu humaira rasa...tapi kadang-kadang segelintir manusia tu, yang beragama Islam khasnya suka buat-buat tak tahu...
Semalam, terjadi satu peristiwa yang sangat memalukan. Humaira turut terasa tempiasnya kerana manusia itu satu jantina dengan humaira..dan lebih memalukan lagi apabila orang itu sudah berusia dan menempelak imam masjid tanpa segan silu walhal itu adalah kesalahan mereka sendiri.
Ceritanya terjadi apabila seorang makcik dan ank perempuannya masuk ke masjid. Mula-mula humaira tgk, masya Allah..mak cik dan anak perempuannya mempunyai paras rupa yang menarik tapi agak terkejut kerana tanpa menggunakan hijab sewaktu masuk ke masjid beserta pakaian agak kurang manis dipakai...
Kebetulan mak cik ini ingin berjumpa dengan seorang atuk di sini kerana ingin melunaskan niatnya untuk menyedekahkan duit kerana pernah bernazar sekiranya si anak tadi mendapat pekerjaan yang dikehendaki, mereka ingin bernazar di situ.
Dialog terjadi apabila seorang imam masjid berjumpa dengan atuk tersebut dan meminta atuk itu menegur sesiapa yang ingin datang ke masjid supaya mematuhi adab masuk ke masjid. Malangnya mak cik itu terasa dan terus meninggikan suara sambil berkata :
"Alah, ayah saya dulu imam la..orang yang memakai tudung tu belum tentu hatinya baik."
ada juga si kakak yang menegur mak cik tu dengan lembut...
"Maaf kak, saya tumpang cakap sikit..sememangnya bila kita masuk ke masjid, kita kena pakai tudung. Kalau akak ada bwa selendang ke atau apa-apa sahaja di dalam kereta, bolehlah akak memakainya sekejap.."
sambung si makcik:
"Saya datang sekejapnya, sya nk bg sedekah ni pada atuk tu..atuk tu yang suruh masuk sini.." dengan suara yang agak kuat dan menarik perhatian jemaah dan orang yang datang ke masjid tersebut.
alahai..kesian mak cik ni..takkan la tetamu disuruh duduk diluar rumah..begitu juga masjid, apa salahnya masuk ke masjid sekejap kerana atuk tu ada hal dan sedang bercakap dengan orang lain..tak boleh sabar ke?
Inilah manusia..bila ditegur tentang kesalahannya, sangat sedikit golongan yang mengaku bersalah, sedangkan yang lain itu bangga dengan kesalahan mereka dan juga tidak segan silu menempelak orang yang menegur mereka untuk kebaikan...
Label.. pengalamanku..
0 coretan hati awak:
Post a Comment