Saturday, January 25, 2014

::Mampukah aku...::

Ya Allah...mampukah aku...
menjadi anak yg baik..yg solehah..
menjadi ibu yg baik..yg solehah..yg sabar melayan karenah anak2..
menjadi isteri yg baik...yg solehah..yg diredhai suamiku sehingga akhir hayat nanti...:'(

kadangkala rasa sangat tak mampu...tapi aku sgt mendambakan syurgaMu...

bantulah aku Ya Allah...aku tiada sesiapa yang aku percayai di dunia ini...meski hati sendiri...

:'(:'(:'(

Wednesday, December 11, 2013

::syukur...::

Assalamualaikum...untuk anak ibu yang baik...terima kasih sayang..sebab memahami ibu walaupun adik msh kecil. Ibu bersyukur dikurniakan anak yang baik.

Bila ibu menangis..ank ibu pndi sapu air mata ibu..subhanallah. Ibu doakan ank ibu jdi ank soleh dan dikurniakan ank yg soleh @ solehah untuk adik-adik kecil lain slps adik. Ibu syg sgt ank ibu..walaupun hanya pinjaman dri Allah yg ibu x thu sehingga bila. Ibu sentiasa doa anak-anak ibu dipanjangkan tempoh pinjaman pd ayah dan ibu.

Subhanallah...indah sgt nikmat ini...trma ksh ya Allah ats kurniaanMu memberi ku rasa nikmat menjdi seorg ibu..

Thursday, September 12, 2013

::Dilema seorang penulis kod::

Bilamana harus mengarut dalam tulisan selama 4 hari sebelum nk dibentangkan...

Bukan itu masalah besar bagi kami...ya!bukan bagi kamu. Tapi bagi saya si penulis kod yang akan mengatur semua program itu mengikut kehendak kamu.

Kami si penulis kod...sehabis lelah mengerah semua kudrat dan upaya untuk mencari sesuap nasi. Zaman kita berbeza meskipun kamu pernah menjadi penulis kod satu ketika dahulu...inginku ingatkan..

Kita berbeza meskipun pernah memegang watak yang sama. Kerana...kamu diberi masa yang mencukupi serta pasukan untuk menjayakan kod kamu..sedangkan kami? seorang diri, kena cekalkan hati. Berbekalkan doa kepada ilahi..satu2 nya yang paling memahami..

Tuhanku...sesungguhnya..aku bersyukur menyandarkan harapanku. Seorang hamba yang hina padaMu..pandanglah aku duhai Ilahi yang maha membantu..Jangan tinggalkanku duhai tuhanku..aku merayu..tanpaMu..siapalah aku.

Friday, March 22, 2013

::Nostalgia lagu lama::

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar, dah tengahari rupanya...hari ni jiwa sentimental betul..boleh pulak nak dengar lagu-lagu lama...

Antara lagu menjadi pilihan:-
- Damasutra (sesat dalam kerinduan)
- Damasutra (sufi)
- To'ki (Hampa)

Lagu hampa tu mengingatkan pada seorang senior..hehe..boleh dikatakan hari-hari dia menyanyi lagu ni...sampaikan kitaorang ni (me & my officemates) kalau pergi mana-mana macam dah terngiang-ngiang lagu tu...hahah...berhantu betul...lagu tu sebenarnya sebelum ni tak pernah tahu pun...keke...Sapa -sapa nak dengar lagu senior kami...nila dia...silakan..hehe


Tuesday, March 19, 2013

::Minum petang...::

Konon la nak diet..tghari mkn jambu batu dgn sambal tempe...no carbo....haha...sekalinya da lapar...minta tlg la dengan adik-adik praktikal belikan pisang goreng...sambil bawa gps untuk test reply dari gps tu...
Sampai je dekat ofis, member ofis sumer ngap sekali...hehe...ramai rupanya lapar di kala saat dan ketika ini..alhamdulillah...beli RM5, mak cik tu sedekah banyak juga..semoga murah rezeki mak cik tu...dia bagi nugget pula secucuk..

tak sempat nak snap gambar pisang goreng tu...hehe...oleh itu...ikhsan google image la...hihi

nampak yummy kan? nak-nak bila perut lapar..hehe

Monday, February 11, 2013

::Hidup seorang pengembara::

Tak tahu bila akan bertemu dengan destinasi yang terakhir...
Hanya meneruskan perjalanan mengikut langkah kaki...
Sesekali minda menyapa...sampai bila?
Sesekali perasaan menjelma...bila pengakhirannya?

Ya Allah...tuhan sekalian alam...
Kuatkan hati, minda serta kudratku untuk terus melangkah
Meniti perjalanan ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan...
Kerana aku tak tahu bila ianya akan berakhir
Cuma...ku mohon biarlah pengakhiran langkahku ini
Pengakhiran yang membuahkan hasil yang baik kelak....
Di mana ianya boleh membantuku...

amin ya rabbal alamin

Monday, January 14, 2013

:: 2013::

Assalamualaikum.....hampir 2 tahun tak menulis dalam ni...really miss...tapi ada banyak tuntutan tugasan lain yang lebih utama...cerita sepanjang 2 tahun ni? Macam - macam....pergi holiday dalam negara...seronok sangat...pergi homestay actually...pastu...jeng..jeng...jeng...e- day on maulidur rasul...then tak smpi sebulan married..haha...right now...sedang menunggu amanah Allah dalam my tummy...si kecil kurniaan Allah...alhamdulillah....semuanya dipermudahkan Allah dan tak sangka...this year i'm going to be mum...alhamdulillah...semoga dipermudahkan semuanya..semoga ibu dan ank ibu yang comel ni sihat dan dimudahkan bersalin...amin...:)

Wednesday, December 7, 2011

::Salju di danau rindu...::

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci yang lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


suka sgt nyanyi lagu ni dlu...tiba-tiba pagi ni teringat pula...terus je paste kat blog...:)

Tuesday, December 6, 2011

Assalamualaikum....

Wahai diary hatiku...selamat bertemu kembali...tapi kali ini...seperti tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata hati kepadamu...kenapa ya...

Ya Allah..aku pasrah..aku serahkan segalaNya padaMu...

Ya Allah Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Wednesday, November 30, 2011

::Missing u...::

Ada dua mksd....just for you...i know u will read..then..please understand...only you can answer it..

Wednesday, November 23, 2011

::Serba salah...::

Macamana ni...serba salah...semua bermain di fikiran...nak bt macamana ni...huhu...Ya Allah..Engkau mengetahui segalanya...Aku berserah kepadaMu...

Tuesday, November 22, 2011

::Minta Maaf...dari hati...::

My dearest...sori..humaira sangat-sangat tak sengaja...tetido sbnrnya...

Hpku..kenapakah malam ni ko buat hal? kenapa tak de line pula....bru msg n ada miss call...huhu...

Monday, November 14, 2011

Assalamualaikum....hari ni..birthday arwah akk ipar humaira yang paling rapat...we shared everything..tapi Allah lebih sayang kan dia..8 tahun telah berlalu...but i really miss her...huhu...al-fatihah...

Kak, adik rindu.....
Banyak yang terjadi selama 8 tahun ni kak...
How i wish to see you even only in my dreams...

Wednesday, November 9, 2011

::Kesian Manusia Itu::

Tahu kenapa humaira kata macam tu? kerana...humaira telah terberkenalan dengan seorang manusia...dan perkara yang menyedihkan ialah...rupanya dia telah bertunang..tp pada masa yang sama dia berkawan dengan orang lain..dia juga telah berjanji kepada orang itu serta ibu orang itu...kasihan kan dia? humaira telah menasihati dia...tp nampaknya tidak memberi apa-apa kesan...dia seperti bangga berbuat demikian...alahai ..kasihan sangat...sebab mungkin dia lupa Allah akan beri semula dia merasai apa yang telah dia buat pada orang lain...malahan mungkin berganda pedihnya... kerana mempermainkan hati orang...dia seperti seronok mempermainkan hati orang itu..dan dia berasa bangga kerana dapat menjadi player...
janganlah kau lupa..perkataan maaf yang harus kau berikan kepada orang itu..kerana sedikit sebanyak kau telah mengucar kacirkan hidupnya...

wahai manusia..ketahuilah...waktu dan ketika ini...pembalasan dari Allah selalunya dibyar tunai...jangan kita lupa...bumi ini taklukannya..kita hanya menumpang di sudut dunia..apabila kau diberi balasan...jangan kau sedih kerana ini adalah perbuatan kau satu ketika dahulu...semoga kau bertaubat...amin

Friday, November 4, 2011

::Etika persahabatan::

Maaf...humaira bukan tak nak tegur kamu...humaira takut terlanggar etika persahabatan...ntah kenapa..bila ingat persahabatan kita..jadi sedih...tipu la kalau humaira kata humaira tak nangis bila teringat kita semakin jauh..dah tak kongsi suka dan duka..tp itu juga atas permintaan kamu..kamu juga takut terlanggar etika persahabatan kan?

kamu...kamu memang seorang kawan yang baik...betul...mmg beruntung siapa yang berkawan dengan kamu..semoga kamu bahagia..semoga sesekali kamu teringat akan kehadiran seorang humaira satu ketika dahulu...

gusto mo mahal ako?

::Mood kurang baik::

Assalamualaikum...Hari ni rasa nk marah...sedang menahan rasa itu sebenarnya..Semua gara2 collegues office..
Boleh tak jangan berkira harta office? harta tu harta milik bersama..pakai bersama..

Alkisahnya...mereka meminjam printer department kami..bawa ke department mereka..kemudian, bt mcm harta department mereka sendiri..apabila kami nk guna, walaupun telah memesan jangan dikunci pintu department mereka, tetap berbuat begitu juga..humaira terfikir adakah mereka kurang kefahaman @ apa..sedangkan berkali2 kami memberitahu...sangat menyusahkan kami untuk membuat kerja...haish...manusia2...mudah lupa diri.

Friday, October 28, 2011

::Pernah...::

Semangat kian bangkit....

Pernah... hati ini terguris..
Dengan fitnah dan tohmahan yang menghiris..
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela..

Ku tabahkan hatiku mengharungi hidup..
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu...
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri

Ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau maha mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini..di sini aku berdiri...
Bersama harapan yang tulus suci...
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci..

Monday, October 24, 2011

::Kesian hamba Allah itu...::

Ya Allah..hambaMu ini telah membuat satu kesalahan lagi..huhu..kesian hamba Allah itu..hanya kerana mempunyai iras..tiba2 aku menjadi tak suka sangat dengan dia...

Wahai teman sekerjaku...maafkan saya..saya bukan membenci kamu..Kamu tak bersalah..cuma saya sahaja yang gagal mengawal diri kadangkala...cuma peristiwa lalu yang membuatkan saya sebegini...

Thursday, October 20, 2011

::Risau::

Kenapa humaira risau hari ni...:(..da seminggu berlalu...apa yang difikirkan? apa yang sedang dilakukan? semoga Allah memelihara dirinya dan hatinyaserta akal fikirannya....amin..

Tuesday, October 18, 2011

::Sesuatu::

Sesuatu tiba menyentuh hati dan jiwa...
Menusuk ke kalbu...
Air mata luruh kerana penyesalan...
Di tengah malam...sujud memohon pengampunan...

Tuhanku...
Terima kasih atas peringatan ke atas diri ini...
Terima kasih atas semua pemberian...
Betapa aku...hambamu yang hina ini...
Walau selalu alpa dan leka...tetapi..
Tidak pernah walau sekali..Kau meminggirku...

Wahai diri...
Wahai hati...
Belajarlah...
Kuatkan diri...kuatkan hati...
Balaslah semua pemberian nikmat tuhan yang satu...
Dengan pengabdian kepadaNya...
Dengan meninggalkan semua kemungkaranNya...

Tuhanku.....
Semoga suatu ketika nanti....
Aku bisa menjadi hambaMu yang solehah...
ditemani pembimbingku...yang akan kau berikan kepadaku nanti...

Terima kasih Ya Allah...
Atas segala kurniaan..dugaan dan cabaran yang mematangkanku
untuk menjalani hidup di duniaMu yang indah ini...


~hambaMu~

;;

Template by:
Free Blog Templates