Thursday, September 12, 2013
Bilamana harus mengarut dalam tulisan selama 4 hari sebelum nk dibentangkan...
Bukan itu masalah besar bagi kami...ya!bukan bagi kamu. Tapi bagi saya si penulis kod yang akan mengatur semua program itu mengikut kehendak kamu.
Kami si penulis kod...sehabis lelah mengerah semua kudrat dan upaya untuk mencari sesuap nasi. Zaman kita berbeza meskipun kamu pernah menjadi penulis kod satu ketika dahulu...inginku ingatkan..
Kita berbeza meskipun pernah memegang watak yang sama. Kerana...kamu diberi masa yang mencukupi serta pasukan untuk menjayakan kod kamu..sedangkan kami? seorang diri, kena cekalkan hati. Berbekalkan doa kepada ilahi..satu2 nya yang paling memahami..
Tuhanku...sesungguhnya..aku bersyukur menyandarkan harapanku. Seorang hamba yang hina padaMu..pandanglah aku duhai Ilahi yang maha membantu..Jangan tinggalkanku duhai tuhanku..aku merayu..tanpaMu..siapalah aku.
Label.. cuppy cake, soal hati
0 coretan hati awak:
Post a Comment