Saturday, September 24, 2011

::Terminate number phone::

Assalamualaikum....hri ni terminate number phone...ntah kenapa rasa sayu sangat..no ni dah pki lama..hampir 10 tahun..byk sgt sentimental value...bkn sengaja nk terminate no ni..tapi terpaksa..huhu...mungkin dengan cara ini kebahagian dlm hidup dpt dicapai dengan baik...:) Insya Allah....


note: it doesn't matter if i'm only an option in ur life rather than i'm an option from Allah's attention.....

Tuesday, September 20, 2011

::Batuk, sakit tekak::

Assalamualaikum....hari ni symptom batuk dan sakit tekak bermula...Masya Allah..duk berdehem dari tadi..harap2 teman sekeliling tidak sedar akan keadaan humaira ni..kalau tak mesti mereka tak selesa...huhu..kesian mereka..

Sementelahan humaira pula berpuasa, tak dpt nk melegakan dengan minum air walau seteguk..

Monday, September 19, 2011

::Puasa 6::

Assalamualaikum..semoga hari ini dapat dijalani dengan baik..Insya Allah..Hari ni baru nak start puasa 6. semoga dapat menghabiskan dengan sempurna..amin...

note: puasa ramadhan + puasa 6 = pahalanya seperti berpuasa sepanjang tahun...:)

Monday, September 12, 2011

::Adab masuk masjid::

Assalamualaikum...tajuk dekat atas ni semua orang blh tahu humaira rasa...tapi kadang-kadang segelintir manusia tu, yang beragama Islam khasnya suka buat-buat tak tahu...

Semalam, terjadi satu peristiwa yang sangat memalukan. Humaira turut terasa tempiasnya kerana manusia itu satu jantina dengan humaira..dan lebih memalukan lagi apabila orang itu sudah berusia dan menempelak imam masjid tanpa segan silu walhal itu adalah kesalahan mereka sendiri.

Ceritanya terjadi apabila seorang makcik dan ank perempuannya masuk ke masjid. Mula-mula humaira tgk, masya Allah..mak cik dan anak perempuannya mempunyai paras rupa yang menarik tapi agak terkejut kerana tanpa menggunakan hijab sewaktu masuk ke masjid beserta pakaian agak kurang manis dipakai...

Kebetulan mak cik ini ingin berjumpa dengan seorang atuk di sini kerana ingin melunaskan niatnya untuk menyedekahkan duit kerana pernah bernazar sekiranya si anak tadi mendapat pekerjaan yang dikehendaki, mereka ingin bernazar di situ.

Dialog terjadi apabila seorang imam masjid berjumpa dengan atuk tersebut dan meminta atuk itu menegur sesiapa yang ingin datang ke masjid supaya mematuhi adab masuk ke masjid. Malangnya mak cik itu terasa dan terus meninggikan suara sambil berkata :

"Alah, ayah saya dulu imam la..orang yang memakai tudung tu belum tentu hatinya baik."

ada juga si kakak yang menegur mak cik tu dengan lembut...

"Maaf kak, saya tumpang cakap sikit..sememangnya bila kita masuk ke masjid, kita kena pakai tudung. Kalau akak ada bwa selendang ke atau apa-apa sahaja di dalam kereta, bolehlah akak memakainya sekejap.."

sambung si makcik:

"Saya datang sekejapnya, sya nk bg sedekah ni pada atuk tu..atuk tu yang suruh masuk sini.." dengan suara yang agak kuat dan menarik perhatian jemaah dan orang yang datang ke masjid tersebut.

alahai..kesian mak cik ni..takkan la tetamu disuruh duduk diluar rumah..begitu juga masjid, apa salahnya masuk ke masjid sekejap kerana atuk tu ada hal dan sedang bercakap dengan orang lain..tak boleh sabar ke?

Inilah manusia..bila ditegur tentang kesalahannya, sangat sedikit golongan yang mengaku bersalah, sedangkan yang lain itu bangga dengan kesalahan mereka dan juga tidak segan silu menempelak orang yang menegur mereka untuk kebaikan...

Thursday, September 8, 2011

::Happyy...::

Assalamualaikum semua..rindu nk menulis sebenarnya..tp tak cukup ruang dan waktu...kenapa saya happy? kerana.....dpt beli laptop..alhamdulillah..rezeki raya..setelah bekerja dua tahun kat company ni...
Ada jugak tak happy..knpa? hehe..berat naik..sbb hati gembira kot..tp tak pe..nti2 blh trnkn brt balik..sbb da rasa tak best nk berjalan2..hihi...
Sidia kembali ceria, alhamdulillah..tak kisah la even dia tak mo mkn ubt sekali pun..sbb sya yakin Allah akan pelihara dia..dan..semoga dia sentiasa sihat di bawah lindungan Allah sepanjang masa. Sya happy untuk dia juga...sya janji pada diri sendiri untuk sentiasa menggembirakan dia..Insya Allah...:)

;;

Template by:
Free Blog Templates