Monday, July 25, 2011
Ampunkan aku ya Allah sekiranya perasaan ini melanggar segala suruhanmu..aku cuba ya Allah, sedaya upaya ku untuk menepis semuanya..
Ya Allah, jika belum masa dan tikanya, ku mohon..bantulah hambamu ini menghindari segalanya...amin..huhu
Label.. soal hati
Tuesday, July 19, 2011
Hari demi hari menunggu...sesuatu yang tak pasti..cuma hatiku agak pasti tentang itu..Allah lebih mengetahui..doaku, moga tiada lagi tampalan hati yang harus aku lakukan..benar, kerana aku manusia, semua itu harus ku tempuhi dengan izin-Nya..
duhai si dia..yang aku tak tahu siapa..sbnrnya hatiku takut berbicara..lantaran takut tersalah kata juga salah empunya diri. Cuma keyakinanku masih ada, Allah pastikan sampaikan padanya..
doaku agar kau akan berkunjung juga ke laman hatiku..yang sentiasa aku doakan agar Allah mengizinkan ianya milik kamu..memang benar aku perlukan kamu sebagai pendamping dan penemanku juga pembimbing sebelum kita kembali kepadaNya..betapa hati..jiwa..ragaku..agak goyah ketika ini dalam penantianku..
kamu..yang aku tunggu...moga sayangmu padaku keranaNya..benar-benar kerananya..bukan kerana duniawi semata..
Label.. soal hati
Monday, July 18, 2011
Benarkah kata orang CINTA tidak punya mata tapi hanya ada hati..
CINTA dan CITA-CITA adalah dua komponen yang seiring landas geraknya, saling melengkapi dalam memperteguh matlamat keduanya. Ibarat perlunya malam kepada siang, signifikannya suami kepada isteri dan hadirnya cahaya dalam kegelapan.
Walaupun siapa kita, tanah mana kita berpijak dan langit mana kita bernaung, janganlah sesekali kita pisahkan keduanya. Moga atas jambatan CINTA Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah, CITA-CITA yang digarap atas nama CINTA-NYA mampu digapai dalam inayahnya.
Insya-Allah.
~petikan dari iluvislam.com~
Label.. soal hati
Monday, July 11, 2011
Kehilangan seorang sahabat yang sangat dirasai...sahabat yang sangat baik..seringkali menemani ketika sng dan susah..tak tahu mana nak cari..dalam hati hanya doa yang ku titipkan semoga dikau di dalam lindungan Allah dan moga Allah temukan kami semula..amin..
~nur syg kamu wahai sahabatku...~