Monday, July 26, 2010

Harga sebuah kehidupan..

Assalamualaikum...rindu nak tulis blog ni..tapi kerana kerja yang bertimbun..blog ni tak dapat humaira update..humaira sebenarnya tulis blog ni saje..suka2..nak meluahkan rasa..pendapat diri sendiri..so tajuk blog hari ni berkenaan dengan sebuah kehidupan..harga sebuah kehidupan..bagi humaira, kehidupan kita ni sangat berharga. Kita hidup di dunia ni hanya sekali, tapi selepas ini kita akan mengharungi kehidupan yang lain. Dari sesi motivasi pagi dari IKIM.FM, tajuk ini dikupas oleh ustaz hasrizal bin jamil. Bagus sangat tajuk ni sebab boleh memberi kita satu galakan dan membantu kita berfikir dengan lebih matang.

Antara kupasan untuk hari ini yang humaira dapat ialah, menunjukkan feeling@perasaan kita pada orang kita sayang. Kebetulan, pada hari ni humaira mendapat tahu rakan baik a.k.a secret admire rakan humaira telah kembali ke rahmatullah kerana demam panas. Apa yang dapat humaira kaitkan dengan motivasi pagi tadi ialah..rakan humaira..tak sempat memberitahu kepada arwah yang dia juga ada perasaan sayang pada arwah..dia merasa sangat menyesal..nasihat humaira padanya..apa yang terjadi tu ada hikmahnya..memang la kita rasa menyesal..jadikan sebagai satu pengajaran..supaya kita lebih menyayangi dan menghargai orang yang ada di sisi kita. Dan agar kita tak menyesal di kemudian hari..

~ quote humaira:"sesuatu itu akan menjadi lebih berharga apabila kita telah kehilangannya~

agar humaira tidak menyesal kemudian hari:: buat anda..saya sayang anda..meskipun anda tak sayangkan saya..itu adalah hak anda..kerana setiap orang ada hak masing-masing. saya tak nak menyesal seperti kawan saya dan saya pernah menyesal sekali kerana mengecilkan hati orang lain..dan saya sangat terkesan dengan tindak tanduk saya..Insya Allah, selagi ingatan itu masih ada, saya tak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

untuk awak yang telah lalu: saya sangat menyesal. Saya minta maaf..awak mmg kawan yang baik..cuma masa tu hati saya belum terbuka untuk berkawan. Saya mengaku salah saya dan sehingga kini kesalahan itu masih menghantui saya..doa saya mengiringi kebahagian awak sekeluarga..amin..semoga awak berbahagia ke akhir hayat. Terima kasih kerana akhirnya awak berjaya menyedarkan saya dalam menghargai orang lain..:)

Ya Allah terima kasih atas kurniaanMU padaku..akhirnya aku..hambaMU yang terlupa ini mula mengingati semula..Alhamdulillah..syukur.. Terima kasih ya Allah kerana tidak membiarkan hambaMU ini keseorangan..

Tuesday, July 20, 2010

Sedih rasanya...rejab berlalu pergi...syaaban pula menjenguk..hari ini baru nak start puasa sunat syaaban..selepas ini..ramadhan pula kembali..tahun ni puasa sunat sikit sangat..:'( semoga humaira berkesempatan bertemu lagi di tahun hadapan dengan azam ingin berpuasa lebih..Insya Allah..


~tiba2 teringat..semasa di awal rejab, ayah humaira bertanyakan..dah msk bulan puasa ke? apabila beliau tahu humaira berpuasa..sewaktu itu..tubuhnya dan ingatannya kian lemah..Alhamdulillah..sekarang ni..keadaan ayah bertambah baik..semoga ayah sihat, dapat melakukan ibadah dengan baik..aminn...~

Monday, July 12, 2010

Nape perlu marah??

Salam semua...

Hari ni ada training la pulak..tapi tak pe..enjoy2 kan diri walaupun debaran nak pergi iv terasa sangat dah ni..:)

Topik hari ni humaira nak kupas mengenai marah..hehe..mcm motivator la pulak..

Nape seseorang itu perlu marah? bagi humaira..marah tu tak salah..tapi kenalah pada tempatnya..janganlah main marah melulu..sangat tak bagus..especially pada orang yang kena marah tu..why don't we put ourself on her/his shoes? mesti kita rasa sedih tul tak??

Tapi biasanya orang yang marah ni..hilang kawalan diri, lepas tu mulalah nak menyesal..kalau boleh ditarik balik dan diterima kekesalan dan maaf itu, tak pe la..kalo orang yang dimarah itu berkecil hati macamana? hilang satu kawan..putus la satu silaturrahim..tak bestnya..kan?? :(

oh..tau kenapa topik ni keluar..hehe..humaira kena marah..sebab pe? ntah..i really don't know..npe humaira kena marah..so, nak menenangkan hati..humaira duk diam je..tak pe la..one day, orang yang marah tu akan tahu kesilapannya..humaira tak de wat pe pun..i'm just asking..it's not personal question @ any related that will make somebody will be moody with me..aish..tak pe la..malas mau berbicara dengan orang sebegitu...huhu...

For that person: humaira terasa hati sikit kata2 anda...so buat masa ni..if humaira tak message @ return call @kekurangan bicara, sorry la..it will take some times to me nak ubati hati hasil kata-kata anda..btw..thank you so much atas kekasaran itu ya..it will remind me to be more silent..:)

Thursday, July 8, 2010

Berita gembira...:)

Salam...bulan rejab yang mulia hampir tamat..lepas ni akan bersambung ngan bulan syaaban pula..kali ni humaira rasa skt je msa dpt berpuasa dlm bulan rejab ni..tenaga banyak digunakan..sementelahan ayah kurang sihat..dan dugaan dtg lagi bila abg juga jatuh sakit..tak pe..humaira redha..sbb humaira yakin semua yang berlaku ada hikmahnya..

Smlm humaira dpt call dari UMP..pggilan untuk interview this tuesday..alhamdulillah..Syukur ya Allah..walaupun baru first step..(interview baru) tapi humaira berdoa dan berazam membuat yang terbaik..semoga kali ni Allah memberikan rezeki ni pada humaira..amin..

Hati humaira sebenarnya berbolak balik kerana ada beberapa masalah timbul buat masa ni..pertamanya..cuti di ofis humaira telah dibekukan atas sebab2 tertentu..keduanya..humaira terlibat dengan kursus java selama seminggu start hari isnin sehingga hari jumaat..ketiga..humaira terpaksa menggantikan ketua unit yang sedang sarat mengandung untuk melakukan beberapa tugas..

Humaira telah mendapatkan nasihat dri ketua unit..cadangan beliau ialah mengambil el kerana katanya itu rezeki..mengenai kursus pula..dikatakan tak mengapa satu hari tak hadir..nti hari berikutnya..hadirla..katakan ada perkara emergency..

Ya Allah..betul ker apa yang humaira akan buat ni..doa humaira agar humaira diberi petunjuk dan dipermudahkan perjalanan..

;;

Template by:
Free Blog Templates