Tuesday, June 14, 2011

Fobia...Trauma...

Ya Allah...memang sangat terasa hati bila digelakkan oleh orang lain yang mendengar mengenai fobiaku...Sedih sangat..

Wahai insan di luar sana, jangan lah kamu mentertawakan orang lain kerana kekurangan mereka kerana semua itu dari Allah dan ada hikmahnya bila telah diberikan oleh Allah.

Tahukah kamu wahai insan di luar sana, tiada sesiapa pun ingin dijadikan bahan gelak tawamu yang menghiris hati...meskipun berkali ku tangkis dengan senyuman tetapi cuaca hatiku akan serta merta berubah mendung dari cerah bila mendengarkan gelak tawamu..

kelakar? ya mungkin bagi kamu yang tidak merasai..sedangkan kami yang merasai berusaha, berjuang habis-habisan untuk mengatasinya...

tolonglah...simpan gelak ketawamu di hadapan kami, keluarkan ia apabila kami tidak mendengarnya..kami tak kisah...

terima kasih atas galakan teman2 yang merasai...terima kasih ya Allah atas kesabaran yang Engkau kurniakan ke atas kami yang lemah ini...:)

;;

Template by:
Free Blog Templates