Tuesday, March 29, 2011
Bila saya tgk cermin lama2..baru saya tahu..
Betul cakap awak,
Saya tak cantik...
Saya nampak sombong sebab susah senyum...
Saya bercakap dengan nada serius...
Saya suka pakai baju besar...
Saya old fashion...
Saya tak reti mekap...
Saya berbadan besar...
Saya rendah...
Saya lebih tua dari awak...
Sebab itulah awak tak pernah sayang saya.
Awak hanya simpati dengan keadaan saya...
Sebab tu awak berkawan dengan saya...
Tapi awak nak tahu?
Kerana sebab2 dia atas lah membuatkan saya bersyukur sangat2 kepada Allah
Awak nak tahu sebab apa?
Saya tak cantik di mata awak, tapi saya tahu Allah ciptakan semua hamba dia bersebab.
Saya nampak sombong sebab saya takut senyum saya blh melalaikan diri saya dan lelaki2 yang lain.
Saya bercakap dengan nada serius sebab, saya takut berdosa kerana telah diingatkan agar jangan lunakkan suara bila berkata-kata dengan lelaki.
Saya suka pakai baju besar sebab saya malu kalau orang nampak lekuk2 badan saya.
Saya old fashion sebab saya takut nanti saya menjadi muslimah yang lupa diri bila dah bergaya.
Saya tak reti mekap kerana saya takut niat hati saya terpesong dengan membuaikan keindahan mekap saya pada lelaki2 di luar sana.
Saya bersyukur saya rendah sebab masih ramai orang perempuan tinggi yang susah hati dengan ketinggian mereka.
Saya bersyukur saya lebih tua dari awak sebab, saya selalu mengingatkan diri saya bahawa umur saya semakin muda di dunia ini. Jadi kena selalu ingatkan Allah..:)
Awak, terima kasih atas kata-kata awak. Alhamdulillah Allah hantar awak untuk mengingatkan saya untuk lebih mencintai Allah dari makhluknya.
Label.. suka2
Tuesday, March 22, 2011
Kata orang mimpi itu akan hadir apabila kita terlalu memikirkannya...benarkah??
Sudah beberapa kali humaira mimpi mak...rindu kat mak..doa untuk mak sentiasa meniti di bibir. Setiap kali terpandang susuk tubuh mak cik2 yang seakan mak, dengan mudah air mata humaira mengalir. Moga Allah merahmati mak dan masukkan mak dalam golongan orang mukmin.
p/s: teringin nk ziarah kubur mak...walaupun jauh, tetap berazam akan pergi satu hari nanti..moga2 Allah kabulkan hajatku ini..amin..
Label.. pengalamanku.., soal hati
Tuesday, March 8, 2011
:: Kita boleh tipu orang lain tapi boleh tak kita tipu diri sendiri?? ::
0 coretan hati awak Coretan hati nur zunairah humairaNampak macam senang kan?