Wednesday, January 26, 2011
Dalam cuaca yang gelap pekat, hujan turun dengan lebat dan tiba-tiba hatiku meluahkan satu perasaan yang telah lama aku kawal.. ianya muncul dan sejurus kemudian air mata gugur satu persatu..ya..perasaan sayang..sayang pada makhlukNYA..rasa rindu bertamu..rasa ingin dimiliki dan memiliki muncul secara tiba2..ku cuba mengawal lagi perasaan yang bertamu ini..memang kasih dan sayang ini bertambah untuknya..apatah lagi setelah dirinya begitu mendekatiMU..namun ku cuba ya Allah..agar kasih dan sayang ini tidak melebihi kasih dan sayangku padaMU..itu doa ku tiupkan dikalbuku..
~Maafkan hambaMU ini ya Allah sekiranya perasaan ini menyebabkan dosaku semakin bertambah. Hindarilah dari hatiku sekiranya ia akan menambahkan beban dosaku..aminn...~
Label.. soal hati
Monday, January 24, 2011
Salam...teringin nak kongsikan sesuatu sementelahan sedang mendengar untuk santapan rohani..
Hidup kita kat dunia ni tak lepas dari ujian Allah...hari tu dengar dekat radio ikim.fm.."hikmah itu datang sekali sekala..tapi bersyukur kena selalu"..Alhamdulillah..sangat terkesan dengan dengan word ni..sampai sekarang humaira ingat..diikuti dengan satu nasyid dari kumpulan NICE..masya Allah..liriknya..sangat menyentuh perasaan..dan boleh dijadikan satu motivasi bagi diri humaira..humaira harap begitu juga pada kawan2..
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Label.. pendapat, pengalamanku.., personal, soal hati
Duhai abangku sayang...tiada niat dihati adikmu untuk menyusahkan hidupmu..cuma ku pinta kau berhenti sejenak..mencari sesuatu yang telah hilang dari hidupmu..tak selamanya kita hidup di dunia ini..hargailah apa yang kita ada sebelum Allah mengambilnya semula dari hidup kita..kita semua adalah pinjaman dariNYA...ya Allah..berilah kesedaran kepada abangku..darah dagingku..berilah dia petunjuk..janganlah Engkau menjauhkan dia dariMu..lindungilah dia dari segala kejahatan, fitnah jin, manusia dan syaitan..
Label.. pengalamanku.., soal hati
Wednesday, January 19, 2011
Salam kawan2..peritnya bila kehilangan seseorang yang kita sayang..humaira kehilangan seorang yang sangat humaira sayang..walaupun bukan ibu kandung, tetapi mak tetap mak humaira..sehingga ke hari ini..setiap kali teringt, setiap kali tu air mata terbit keluar..mak...humaira rindu mak..humaira tak de tempat mengadu..dlu slalu je mak tepon humaira @ humaira tepon mak..humaira teringat lagi..bulan 6 thn lepas la..pertama dan terakhir kita berkongsi cerita semua suka duka kita bersama..humaira tak sangka..tahun baru tahun ni adalah kali terakhir humaira berckp dengan mak..kali terakhir humaira cium dahi dan pp mak..humaira rindu mak..terasa sangat sepi tanpa mak..mak je satu2 orang di keluarga sblh sana yang menerima humaira seadanya mak..
al-fatihah untuk mak...
Label.. pengalamanku.., soal hati
Thursday, January 6, 2011
Assalamualaikum semua...tajuk mcm jiwang je..hee..Ada pelbagai jenis rindu..pada ibu ayah..kawan2..arjuna hati..kan??
Hmm..bila rindu kwn2 buat apa? Kalau humaira..
1. Refresh memories..
2. Dengar lagu berkaitan..
3. Tengok gambar-gambar yang berkaitan..
4. Baca message2 @ notes yang berkaitan..
dan percayalah..selagi kita hidup..kita tetap akan rindukan sesuatu yang telah berlalu @ pergi dari hidup kita..
and guess what??
i really missed my old times..especially the best moment ever happened in my life since 3 years ago..and..tears come out...huu..
~tgk tedy kat atas..teringt tedy bear humaira kat rumah..peneman suka dan duka humaira..tmpt mengadu serta berkeluh kesah..miss you tedy ku sayang..huu...~
Label.. pengalamanku.., soal hati